fbpx
Now Reading
B40 Harap Kerajaan Sedia Rumah Bawah RM150,000 & Bantu Ringan Kos Sara Hidup

B40 Harap Kerajaan Sedia Rumah Bawah RM150,000 & Bantu Ringan Kos Sara Hidup

Seorang suri rumah di Pulau Pinang turut menzahirkan harapan agar kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang dalam Belanjawan 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah berharap kerajaan memberi tumpuan dalam meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat pada ketika ini,

Tidak hanya itu mereka turut mahu kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan hari ini (13 Oktober).

Suri rumah harap kerajaan bina rumah mampu milik bawah RM150,000

Menurut laporan Kosmo, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Nur Syakirin Ishak berusia 31 tahun merayu agar kerajaan menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat dengan harga di bawah RM150,000 buat golongan yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

“Masih ramai yang bergaji rendah termasuk suami saya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM2,000 sebulan.

“Kami tinggal di Cheras, sewa rumah RM800 sebulan, ditolak pula perbelanjaan barang dapur hampur RM500. Dua anak pula masih kecil dan perlu susu serta pampers.

“Jika kerajaan membina rumah dengan harga bawah RM150,000, mungkin kami mampu membelinya. Kebanyakan rumah sekarang dibina pada harga melebih RM300,000,” katanya.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Pegawai miliki keluarga dalam kategori M40 masih terbeban untuk beli rumah sendiri

Seorang lagi Pegawai Perancang Masyarakat, Norasyikin Abdul Majid, 32, pula berkata, meskipun keluarganya berada dalam kategori M40, namun masih terbeban untuk memiliki rumah sendiri kerana kebanyakan kediaman berharga RM350,000 ke atas.

“Saya dan suami dua-dua be­kerja, pendapatan bulanan kami sekitar RM7,500, namun kami masih banyak tanggungan termasuk menjaga kedua-dua ibu bapa suami saya yang sudah uzur, anak kami ada tiga orang.

“Baki yang ada pada kami selepas bayar segala kos perbelanjaan bulanan, lebih rendah daripada B40, memang tak mampu beli rumah sendiri,” kata Norasyikin.

Peniaga kuih yang juga suri rumah harap kerajaan kawal kenaikan harga barang

Di Pulau Pinang, seorang suri rumah bernama Safiyah Baharom berumur 39 tahun yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berharap agar kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang dalam Belanjawan 2024.

“Disebabkan harga beras yang mahal ketika ini, kami kadang­kala terpaksa mengurangkan pengambilan nasi kerana bimbang bekalan beras tidak dapat bertahan lama,” ujar Safiyah.

Safiyah yang mengusahakan perniagaan kuih secara kecil-kecilan dari rumah berkata, sebagai peniaga dan pengguna pada masa yang sama, semestinya dia antara yang paling terkesan dengan kenaikan harga barangan.

“Pendapatan kami bergantung kepada hasil jualan yang tidak seberapa. Jadi, saya berharap agar tiada lagi kenaikan harga barang yang melampau terutamanya beras, ayam, minyak masak dan telur ayam selepas ini,” katanya lagi.

Foto: Malaymail

Pembantu kedai makan harap kerajaan tidak hentikan pemberian bantuan kewangan

Azrina Mansor yang merupakan seorang pembantu kedai makan pula berharap kerajaan tidak akan menghentikan bantuan kewangan kepada rakyat seperti yang diberikan sebelum ini.

“Kalau boleh STR (Sumba­ngan Tunai Rahmah) dengan bantuan awal persekolahan itu dikekalkan. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban kami terutamanya keluarga yang memiliki anak ramai,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.