fbpx
Now Reading
Belanjawan 2024: Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik, Kerajaan Beri Rebat RM2,400 Kepada Pembeli

Belanjawan 2024: Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik, Kerajaan Beri Rebat RM2,400 Kepada Pembeli

Menurut Anwar, kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan mengalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (13 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat.

Jumlah Belanjawan 2024 sebanyak RM393.8 bilion yang diumumkan adalah yang tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk Lebih RM8 Bilion Untuk Baiki Jalan Raya Di Seluruh Malaysia

Kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV)

Menurut Anwar, kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan mengalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Susulan itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

Kerajaan beri rebat RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik

Tidak hanya itu, Anwar berkata kerajaan dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan motosikal elektrik justeru akan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120 ribu ke bawah.

Menerusi Skim ini, pembeli motosikal elektrik akan mendapat rebat sehingga RM2,400 daripada kerajaan, ujar Anwar.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Prasarana Malaysia Berhad setuju untuk peroleh 150 bas elektrik

Berkongsi lanjut, beliau berkata Prasarana Malaysia Berhad turut bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos bernilai RM600 juta.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

“Kerajaan bercadang melanjutkan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 bulan dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi,” katanya.

Terdahulu, Kerajaaan Perpaduan telah bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.