fbpx
Now Reading
Pelanggan Loya Dakwa Jumpa Cicak Dalam Roti, Syarikat Terlibat Mohon Maaf & Perjelas Hal Sebenar
sushine bakeries roti ada cicak

Pelanggan Loya Dakwa Jumpa Cicak Dalam Roti, Syarikat Terlibat Mohon Maaf & Perjelas Hal Sebenar

Sebuah kedai yang menjual roti jenama tersebut di Singapura telah memaklumkan bahawa seorang pelanggan meminta wang pampasan sepenuhnya selepas menjumpai cicak dalam bungkusan roti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan dalam masakan atau pembuatan makanan adalah salah satu aspek yang sangat penting kerana ia berkait dengan kesihatan tubuh badan seseorang.

Bayangkan kalau tiba-tiba ada bendasing yang tidak sepatutnya dalam makanan korang? Mesti ramai yang geli dan loya, betul tak?

Sebelum ini, sesetengah individu pernah berdepan situasi di mana mereka terjumpa bendasing seperti kuku, paku, mata kail dan ulat dalam bungkusan makanan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Didakwa Jumpa Kuku Manusia Dalam Bungkusan Coklat Bikin Ramai Geli. Jijik!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

Baca Artikel Berkaitan: KKM Minta Trend ‘Nasi Paku’ Di Kelantan Dihentikan Segera


Pelanggan Dakwa Terjumpa Cicak Mati Dalam Bungkusan Roti

Situasi hampir sama berlaku kepada seorang lagi pelanggan apabila dia dikatakan terjumpa seekor cicak yang sudah mati di dalam bungkusan roti dibeli dari kedai serbaneka.

Kejadian itu dikongsikan di laman Instagram (@sgfollowsall) dengan menceritakan tentang seorang wanita di Singapura yang mendakwa tergigit ekor cicak ketika sedang memakan roti tersebut.

Sumber: Instagram @sgfollowsall

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, roti tersebut adalah jenis Enriched Butter Sugar Wholemeal dari jenama Sunshine Bakeries.

Kalau korang tengok gambar tersebut, roti berkenaan sudah hampir separuh dimakan sebelum wanita itu menemui bendasing berwarna hijau gelap di bahagian tengah.


Netizen Tengok Pun Sudah Loya!

Hantaran yang dimuat naik itu membuatkan ramai netizen turut berasa loya selepas melihat keberadaan ‘haiwan perosak’ itu berada di dalam bungkusan roti.

Malah, ada juga netizen yang sempat membuat gurauan kononnya cicak tersebut boleh menjadi sumber protein tambahan.

Dalam pada itu, sesetengah netizen berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil serius tentang isu ini dan membuat pantauan di kilang jenama roti terbabit.

Sumber: Instagram @sgfollowsall

Jenama Sunshine Bakeries Beri Penjelasan

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram (@sunshinebakeries), syarikat tersebut peka dengan isu yang berlaku dan tampil memberikan penjelasan secara terbuka.

Menurut Sunshine Bakeries, sebuah kedai yang menjual roti jenama tersebut di Singapura telah memaklumkan bahawa seorang pelanggan mereka telah memulangkan produk yang dibelinya dan meminta wang pampasan sepenuhnya selepas menjumpai cicak dalam bungkusan roti.

Kejadian yang berlaku pada 3 November ini membuatkan syarikat berkenaan cuba untuk mendapatkan butiran maklumat pelanggan berkenaan tetapi tidak berjaya.

Susulan insiden terbabit, sampel roti berkenaan telah diambil untuk siasatan lanjut juga pada hari sama.

Namun hasil siasatan yang dilakukan pihak ketiga mendapati sampel berkenaan adalah lebihan dari doh roti.

Siasatan mendapati bahawa sampel sudah disemak menggunakan mikroskop dan mengesahkan bahawa doh diperbuat daripada campuran air dan yis. Tiada bangkai serangga atau haiwan perosak yang mati dijumpai dalam sampel. Selepas melihat kepada bau dan tekstur, sampel berkenaan adalah lebihan dari doh roti.

Kenyataan dari Sunshine Bakeries.

Jelas Sunshine Bakeries lagi, kilang mereka mempunyai sijil halal dan memegang FSSC 22000, HACCP dan ISO 9001 bagi memastikan keselamatan makanan dan kualiti terjamin kepada pelanggan.

Mereka turut meminta maaf atas kerisauan yang berlaku dan menjelaskan sentiasa mengambil serius segala aduan yang diterima.

Baca Artikel Berkaitan: Sunshine Bread Perkenal Roti Pandan Homestyle Terbaharu Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.