fbpx
Now Reading
Selepas Pulang Dari Israel, Hamas Pula Jemput Elon Musk Untuk Lawat Gaza

Selepas Pulang Dari Israel, Hamas Pula Jemput Elon Musk Untuk Lawat Gaza

Pegawai Kanan Hamas, Osama Hamda menjemput Elon Musk melawat Gaza untuk melihat kemusnahan yang sudah berlaku di negara tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pemilik jenama Tesla, Elon Musk telah didakwa menyokong kenyataan anti-semitik selepas bersetuju dengan kritikan yang buat oleh netizen di aplikasi X (Twitter).

Malah dia yang juga pemilik rangkaian X turut membalas kenyataan individu berkenaan dengan menyatakan ia adalah ‘kebenaran yang sebenar’.

Baca artikel berkaitan: “Kebenaran Sebenar”- Elon Musk Didakwa Sokong Netizen Beri Kritikan Berbaur Anti-Semitik

Tindakan tersebut membuatkan Musk dikecam hebat oleh penyokong pro-Israel selain mereka yang berbangsa Yahudi.

Namun tidak lama kemudiannya, Musk dilaporkan telah melawat Kibbutz, Israel yang merupakan kawasan sasaran pejuang Hamas, serta mengisytiharkan akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan penyebaran kebencian.

Kunjungan manusia terkaya dunia itu turut disertai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Perkara ini menyebabkan cacian yang dilemparkan kepada Musk kini menjadi satu sokongan kepada pihak berkenaan.

Musk turut berharap untuk keamanan dunia dalam satu ciapan yang dimuat naiknya.

Hamas ajak Elon Musk lawat Gaza lihat kemusnahan yang dah berlaku

Terbaharu, Hamas telah mengajak Musk untuk melihat tahap kemusnahan yang berlaku di Gaza, Palestin disebabkan oleh pengeboman Israel.

“Kami menjemput beliau ke Gaza untuk melihat sejauh mana pembunuhan beramai-ramai serta kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk di Gaza, dengan mematuhi standard objektiviti dan kredibiliti,” ujar Pegawai Kanan Hamas, Osama Hamdan, lapor Reuters.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Beirut, Lubnan sehari selepas gencatan senjata di antara Israel dan Palestin dilanjutkan lagi untuk dua hari.

Sebanyak 40,000 tan bahan letupan dijatuhkan dekat rumah penduduk Gaza

“Dalam tempoh 50 hari, Israel menjatuhkan sebanyak 40,000 tan bahan letupan di rumah penduduk di Gaza yang tidak berdaya.

“Saya menyeru Presiden Amerika Syarikat (AS), Biden untuk mengkaji semula hubungan AS dengan Israel dan menghentikan pemberian bekalan senjata kepada mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Musk memberi bayangan seolah-olah menolak pelawaan ke negara itu memandangkan Gaza ketika ini berada dalam situasi membahayakan.

“Ia seperti bahaya di sana ketika ini, namun saya percaya Gaza yang makmur dalam tempoh panjang adalah baik untuk semua pihak,” ciapnya

Terdahulu, Israel dan Hamas telah bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama dua hari lagi.

Gencatan senjata selama dua hari di Gaza itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perkara itu membuatkan rakyat di Palestin lega.

Ini kerana peperangan di antara Palestin dan Israel itu telah berlaku sejak 7 Oktober lalu tanpa henti.

Baca artikel berkaitan: Konflik Palestin-Israel: Gencatan Senjata Dilanjutkan 2 Hari Lagi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.