![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/12/kedai-shawarma-bukit-bintang-kena-serbu-imigresen_4-720x420.jpg)
Kedai Shawarma Popular Bukit Bintang Kena Serbu Dengan Imigresen [Video]
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, difahamkan serbuan itu dibuat kerana pekerja kedai shawarma berkenaan didakwa tidak mempunyai permit yang sah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat segelintir individu, Bukit Bintang merupakan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan khususnya buat penggemar makanan dari Timur Tengah.
Antara menu atau hidangan yang popular dan sering mendapat perhatian buat kaki makan di Bukit Bintang adalah Kunafa Crispy, nasi arab dan shawarma.
Kedai Shawarma Terkenal Kena Serbu Dengan Imigresen
Semalam (4 Disember), kecoh di media sosial sebuah kedai shawarma terkenal di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Menerusi video yang tular, kelihatan sebuah lori Imigresen diletakkan bersebelahan kedai tersebut.
Turut kelihatan beberapa orang pekerja restoran berkenaan menaiki trak itu setelah serbuan dibuat.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, difahamkan serbuan itu dibuat kerana pekerja kedai berkenaan didakwa tidak mempunyai permit yang sah.
Malah, turut terdapat beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan serbuan tersebut dan kecewa kerana terpaksa pulang setelah beratur panjang.
Namun begitu, hasil semakan kami mendapati tiada sebarang kenyataan rasmi daripada JIM berhubung serbuan tersebut.
Video yang tular itu nyata mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil langkah sedemikian bagi membendung masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Malah, ada segelintir daripada mereka yang menyarankan tindakan yang sama turut diambil oleh pihak berkuasa terutama di kawasan panas seperti Pasar Borong Selayang.
Namun, ada juga yang beranggapan tindakan pihak berkuasa melakukan serbuan ketika operasi perniagaan dijalankan adalah tidak patut.
@chef_arizal_pitboybbq Damascus Bukit Bintang kene operasi
♬ original sound – ChomsBETTA_ – ChomsBETTA_
@amirul_70u Damascus bukit bintang pesta ini malam #fypシ゚viral #fypage #damascusbukitbintang
♬ bunyi asal – The Black – The Black
Damascus bukit bintang kena serbu dengan immigration.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 5, 2023
Tengok memang kesian tapi lambakan orang orang macam ni adalah bencana pada negara.
Patutnya denda maksimum pemilik lesen sebab upah pekerja takde permit. Ni silap silap passport pun expired
stop la promote kedai PATI pic.twitter.com/sHmn2MIvIQ
Berikut antara komen warganet:
Laa, PATI Ke Depa Semua ni? Selama Ini Terang-Terang Berniaga
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/12/v1-kedai-shawarma-bukit-bintang_netizen_1.jpg)
Patut La Denda Sampai Tutup, Penuh Warga Asing Tanpa Permit
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/12/v1-kedai-shawarma-bukit-bintang_netizen_2.jpg)
Dah Macam Takde Kedai Lain, Orang Lain Tengah Buat Kerja Tu
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/12/v1-kedai-shawarma-bukit-bintang_netizen_5.jpg)
Okay La Tu, Rakyat Kita Memang Harap Ketegasan Penguatkuasa Dengan Peniaga Warga Asing Ni
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/12/v1-kedai-shawarma-bukit-bintang_netizen_6.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Tular Wanita Menari Separuh Bogel Di Bukit Bintang, DBKL Beri Notis Kompaun & Arah Tutup Serta-Merta
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lesen & Permit Sah Punca DBKL Arah Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Tutup [Video]