fbpx
Now Reading
Wanita Rasa Tertipu, Ketam Seberat 800g Mengecut Jadi 350g Sahaja Selepas Dimasak

Wanita Rasa Tertipu, Ketam Seberat 800g Mengecut Jadi 350g Sahaja Selepas Dimasak

Restoran seafood Mellben Signature kemudiannya menafikan tuduhan pelanggan dan mengatakan bahawa mereka tersilap tentang berat ketam itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelanggan wanita di sebuah restoran seafood di Tanjong Pagar Plaza, Singapura tidak berpuas hati selepas dia merasakan dirinya seolah-olah ditipu apabila ketam seberat 800g (gram) yang dibeli menjadi hanya 350g selepas ia dimasak.

Memetik The New Paper, wanita yang enggan dikenali itu berkata dia memesan hidangan sup vermicelli ketam periuk tanah (claypot) di restoran Mellben Signature pada 10 Disember lalu.

“Saya bertanya kepada pelayan tentang berat ketam ketika membuat pesanan makanan. Dia memberitahu saya bahawa restoran mereka hanya mempunyai ketam seberat 1 kilogram,” katanya kepada 8world.

Pelanggan meja sebelah buat pesana sama tapi miliki ketam lebih besar

Dia akhirnya membuat pembayaran untuk seekor ketam seberat 800g, namun menyedari pelanggan di meja sebelah juga membuat pesanan sama dan merasakan ketam tersebut lebih besar berbanding miliknya.

Dia kemudiannya berkongsi gambar ketam di atas penimbang dan bertanya mengapa ia ‘menyusut’ kepada 350g selepas dimasak dalam claypot.

“Saya tidak mahu mempersoal integriti restoran, tetapi saya tidak dapat memahami mengapa saya dikenakan bayaran untuk ketam 800g walaupun beratnya kurang daripada itu selepas (claws) penyepit dan organ dalaman dikeluarkan,” katanya.

Foto: Facebook/Mellben Signature

Restoran nafi tuduhan pelanggan dan jelaskan mereka tersilap tentang berat ketam

Restoran itu bagaimanapun menafikan tuduhan pelanggan dan mengatakan bahawa mereka tersilap tentang berat ketam itu.

“Bil wanita itu menunjukkan ketam beratnya antara 800g dan 1,110g. Kami tidak memberitahu pelanggan berat tepat ketam ketika mereka membuat pesanan kerana kami perlu menimbangnya untuk angka tepat.”

Restoran itu juga menjelaskan bahawa wanita itu mendapat ketam jantan manakala pelanggan di meja sebelah pula memesan ketam betina dengan telur, itulah sebabnya saiz berbeza.

Ketam boleh hilang berat semasa disiang dan dimasak

Untuk info, menurut syarikat penghantaran ketam 8 Crabs, ketam kebiasaannya akan kehilangan 25% daripada beratnya selepas penyediaan yang melibatkan mencuci dan membuang isi perut.

Selain itu, berat ketam juga akan berkurang lagi 10% semasa proses memasak. Ketam juga boleh kelihatan lebih besar disebabkan penyepit kecil atau kepala yang besar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.