fbpx

Dua Beradik Dakwa Arwah Bapa Farah Lee Berhutang RM130,000 Tampil Mohon Maaf

Dua beradik terbabit turut terbuka untuk bertemu dengan Farah Lee bagi menyelesaikan isu tersebut dengan cara baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Individu yang sebelum ini mendakwa Allahyarham bapa kepada aktivis sosial dan influencer, Farah Lee berhutang sebanyak RM130,000 telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka semalam (4 Januari 2024).

Menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) miliknya, individu yang dikenali sebagai Aeli itu mengakui dia dan adiknya, Izyan, mengakui membuat kenyataan terbabit dalam keadaan beremosi.

“Seperti yang telah diarahkan, saya serta mewakili adik saya, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Farah Lee dan keluarga atas isu yang sedang tular di media sosial.”

Sedar kenyataan yang dikeluarkan menggores hati Farah Lee dan keluarganya

Tidak hanya itu, dia turut menyedari kenyataan yang dikeluarkan itu telah menggores hati Farah sehingga mencalarkan reputasi wanita itu sebagai seorang influencer.

“Kami berdua sedar bahawa ayat-ayat kami lontarkan agak kasar dan telah menggores hati pelbagai pihak. Selain itu, isu ini juga telah menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai influencer di pelbagai platform.

“Kami tidak seharusnya memuat naik posting tersebut dalam keadaan emosi. Niat kami baik, hanya ingin membantu ayah,” katanya.

Dua beradik terbuka untuk bertemu Farah Lee bagi selesaikan isu itu dengan cara baik

Dalam pada itu, dia dan adiknya turut terbuka untuk bersemuka dengan Farah bagi menyelesaikan isu tersebut dengan cara baik.

“Dengan itu kami memohon kerjasama dari pihak Farah Lee untuk berjumpa dan berbincang tentang isu ini dengan ayah saya secara ‘private’.

“Saya telah memberikan nombor telefon ayah menerusi DM untuk menghubungi kami. Sekali lagi dengan sangat rendah diri, kami berdua ingin memohon maaf kepada Farah Lee dan keluarga,” katanya lagi.

Farah sangkal tuduhan arwah bapa berhutang, bukti gagal dikemukakan

Terdahulu, Farah menyangkal dakwaan yang mengatakan arwah bapanya berhutang sebanyak RM130,000 dengan satu pihak lain.

Dakwa individu itu, arwah bapa Farah telah berhutang dengan ayah mereka ketika masih hidup pada awal tahun 2000.

Mengakui wujud tuntutan hutang daripada pihak berkenaan pada 2017, Farah bagaimanapun meminta bukti memandangkan jumlah yang dituntut terlalu tinggi.

Jelas Farah, sehingga kini tiada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta sebarang saksi berjaya dikemukakan kepada pihaknya melainkan khabar angin semata-mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.