fbpx
Now Reading
Perlu Ada Dalam Kotak, Rupanya Masih Ada Yang Tak Tahu Tentang Sensor Lampu Isyarat [Video]

Perlu Ada Dalam Kotak, Rupanya Masih Ada Yang Tak Tahu Tentang Sensor Lampu Isyarat [Video]

Inductive loop detector berfungsi untuk mengesan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat tersebut untuk bertukar menjadi hijau mengikut urutan pada setiap lorong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi satu kewajipan untuk pemandu-pemandu di jalan raya mengetahui tentang peraturan lampu isyarat bagi setiap warna iaitu hijau, merah dan kuning.

Pun begitu, ternyata masih ada segelintir pemandu yang tidak mengetahui mengenai traffic light sensor atau dikenali sebagai ‘inductive loop detector’ yang kini semakin banyak terdapat pada lampu isyarat di Malaysia.

Tular video lelaki arah pemandu gerak sedikit kedepan untuk tayar sentuh sensor lampu isyarat

Ia susulan tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang lelaki mengarahkan kereta yang berada di depan lampu isyarat untuk bergerak sedikit ke hadapan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @fahmy8872, lelaki terbabit dipercayai mengarahkan pemandu berkenaan untuk bergerak sedikit ke hadapan bagi memastikan tayar kenderaan itu berada di dalam ruangan petak yang merupakan kawasan sensor.

@fahmy8872

assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim. slmt ptg sahabat tt..🖤🖤 hujan2 ni? #jomngopi#gorengpisangpanas🔥fyp ….,😋😋 #slmceriashbtttku🤗🇲🇾😎🇮🇩🤗

♬ korneto ngakak – antoayya

Rupanya masih ada pemandu yang tak tahu tentang inductive loop sensor

Bagaimanapun, video tersebut yang tular di media sosial telah memberi pendedahan kepada segelintir pemandu yang tidak pernah mengetahui tentang keberadaan sensor lampu isyarat tersebut dan fungsinya.

Buat anda yang tidak tahu, kegagalan meletakan tayar kenderaan anda di dalam ruangan garis sensor ini, akan menyebabkan lampu isyarat terus kekal merah.

Ia hanya akan berubah menjadi hijau, sebaik ada bebanan atau tayar yang melintas atau berada di dalam kotak garisan sensor itu.

Memindai ke ruangan komen, segelintir pengguna aplikasi TikTok menyatakan baru sahaja mengetahui tentang perkara tersebut meskipun telah lama memiliki lesen memandu.

“Ya Allah, 16 tahun dah pegang (ada) lesen, saya memang tak tahu, yang saya tahu tak boleh melepasi garisan putih (jika berhenti),” komen seorang pengguna TikTok.

“Hari ini baru saya tahu ada garis sensor, lesen punya lah lama (ada) tapi baru tahu pasal perkara ini,” luah seorang lagi individu.

Beberapa individu lain terutamanya golongan wanita turut meluahkan perkara sama selepas melihat video berkenaan.

Fungsi inductive loop detector pada lampu isyarat jalan

Untuk info, menurut Kelab Info Malaysia di laman Facebook, inductive loop detector ini berfungsi untuk mengesan keberadaan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat tersebut untuk bertukar menjadi hijau mengikut urutan pada setiap lorong di persimpangan jalan.

Kebiasaannya kedudukan sensor untuk lampu isyarat ini diletakkan pada 3 atau 4 kaki dari garis putih (stop line).

“Contoh ada 4 lorong dan setiap lorong dah di set kan masa 2 minit untuk setiap kali pertukaran lampu isyarat. Anda berada di lorong ke 3 dan dlm masa sama lorong pertama yang jalan.

“Bila kenderaan anda lalu di atas sensor itu maka ia akan menerima isyarat bahawa ada kenderaan di lorong tersebut dan dalam masa yang sama tiada kenderaan di lorong ke-2, setelah selesai kenderaan di lorong pertama,secara automatik giliran lorong anda pula yang akan jalan,” jelasnya.

Difahamkan, kebiasaanya ketika waktu puncak penukaran warna lampu isyarat akan ditetapkan mengikut masa dan bukannya sensor.

Namun, tidak semua jalan di kawasan lampu isyarat yang menggunakan inductive loop detector ini, sebaliknya masih mengekalkan pada ketetapan masa.

Cara untuk tahu lampu isyarat yang memiliki sensor

Mungkin ketika ini masih ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengetahui dan peka dengan keberadaan sensor lampu isyarat ini.

Caranya cukup mudah, inductive loop detector ini boleh dikesan dengan cara melihat garisan yang berada di belakang ‘stop line’ pada jalan di hadapan lampu isyarat.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Tahu Kenapa Traffic Light Kerap ‘Skip’ Giliran Anda ? Baca Perkongsian Juruteknik Ini

Foto: Twitter/thegamer203121
Berikut komen yang diberikan netizen:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.