fbpx

“2 Biji Terus!” – ‘Abang Rambut Perang’ Dapat Hadiah Motosikal Dari Modenas & Faisal Halim [Video]

Sekadar info, Derrick juga dijangka akan menerima sebuah lagi motosikal dari seorang individu bernama Ahmad Alhafiz yang sebelum ini turut menyuarakan hasrat sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial kisah seorang penyokong Harimau Malaya, yang diberi gelaran ‘abang rambut perang’ yang sanggup menjual motosikalnya untuk ‘terbang’ ke Qatar bagi memberi sokongan kepada skuad negara dalam Piala Asia 2023.

Semuanya bermula selepas jurukamera berjaya merakam reaksi spontan lelaki berkenaan iaitu Derrick Gan yang menitiskan air mata selepas Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Malaysia mendahului Korea Selatan 2-1.

Tindakan pemuda berasal dari Melaka itu membuatkan rata-rata rakyat Malaysia memuji inisiatifnya hingga ada yang bercadang untuk menghadiahkan motosikal baharu.

Baca artikel berkaitan: Ini Kisah Sebalik Video Tular Lelaki Menangis Selepas Malaysia Seri Dengan Korea Selatan [Video]

Modenas hadiahkan Karisma skuter 125S

Tidak sampai beberapa hari, syarikat pengeluar motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) tampil menghadiahkan Derrick sebuah skuter Karisma 125S.

Lebih manis apabila motosikal tersebut dihadiahkan sebaik penyokong Harimau Malaya itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 Terminal 1 (KLIA).

Foto: Modenas

Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan yang turut hadir untuk menyerahkan kunci berkata, Derrick telah mempamerkan semangat sebenar peminat bola sepak Malaysia.

“Modenas berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, dan kami berharap skuter Karisma 125S baharu akan memudahkan perjalanannya, di dalam mahupun di luar jalan raya.”

Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan

Derrick yang terharu dengan pemberian itu turut berjanji akan terus menyokong perjuangan Harimau Malaya selain berterima kasih kepada Modenas dan juga stesen radio popular, ERA.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada MODENAS atas pemberian yang luar biasa ini dan saya tidak sabar untuk terus menyokong Harimau Malaya dengan Modenas Karisma 125S baharu saya,” kata Derrick.

Faisal Halim turut hadiahkan motosikal

Bukan sahaja Modenas, pemuda ini turut mendapat kejutan apabila dihadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC oleh tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim bersama penajanya Blast Active.

Menerusi video yang dikongsikan di Intagram Blast Active, Faisal yang sebelum ini berjanji mahu menghadiahkan Derrick sebuah motosikal dilihat turun padang dan menyerahkan sendiri motosikal itu kepada penyokong Harimau Malaya itu.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu kerana sanggup menjual motosikalnya demi mencari dana ke Qatar untuk menonton Harimau Malaysia beraksi di Piala Asia.

Sekadar info, Derrick juga dijangka akan menerima sebuah lagi motosikal dari seorang individu bernama Ahmad Alhafiz yang sebelum ini turut menyuarakan hasrat sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.