fbpx

Ini Kisah Sebalik Video Tular Lelaki Menangis Selepas Malaysia Seri Dengan Korea Selatan [Video]

Derrick Gan sanggup menjual motosikalnya demi menonton Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023, Qatar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehebatan skuad kebangsaan, Harimau Malaya yang mengikat keputusan seri 3-3 semasa menentang pasukan Korea Selatan dalam aksi akhir kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar semalam (25 Januari) berjaya membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Malah, ada juga yang menangis kegembiraan dengan keputusan itu memandangkan Malaysia sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut semasa menentang Jordan dan Bahrain.

Tular penyokong menangis kegembiraan selepas Malaysia mendahului Korea Selatan

Tidak hanya itu, turut tular di media sosial video tangisan kegembiraan seorang penyokong Harimau Malaya yang berada di Stadium Al Janoub, Doha yang berjaya dirakam lensa kamera semasa perlawanan sedang berlangsung.

Lelaki terbabit dilihat sebak selepas Malaysia berjaya mendahului Korea Selatan pada minit ke 62 menerusi sepakan penalti oleh Arif Aiman.

@sitiasmad10

bila kau yakin kau boleh kau pasti blh melakukan.. 🇲🇾 BOLEH‼️‼️‼️ 🇲🇾🇰🇷 #asiacup2023 #fyp #malaysia #korea

♬ original sound – Mr__AR__MAN__786 – Mr __Ar__man☑️

Derrick Gan sanggup jual motosikal untuk ke Qatar demi tonton perlawanan Malaysia

Netizen kemudiannya menggali info mengenai lelaki tersebut, sebelum mengesahkan yang dia bernama Derrick Gan dan pernah menjadi perhatian kerana sanggup menjual motosikalnya demi Harimau Malaya.

Difahamkan, hasil duit penjualan motosikal itu adalah untuk menampung kos perbelanjaannya ke Qatar.

Malah, dia tekad berbuat demikian kerana ini merupakan kejuaraan besar pertama Malaysia selepas penantian 43 tahun untuk skuad kebangsaan layak secara merit ke Piala Asia.

Pengguna media sosial turut berkongsi tangkap layar hantaran Derrick Gan di laman Facebook yang ingin menjual motosikal jenis Yamaha LC 135 itu dengan harga RM4,500.

“Mencari dana ke Qatar. Malaysia road to Asia! Tumpang lalu, adik nak lepaskan (jual) motosikal demi negara tercinta. First major tournament in Malaysia’s history. Ada sesiapa sudi tolong tak? Apa-apa ‘roger’,” tulis Derrick di ruangan kapsyen.

Netizen puji kesungguhan yang ditunjukan oleh Derrick demi beri sokongan kepada Malaysia

Penularan mengenai kisah Derrick itu telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata orang memuji kesungguhan dan semangatnya demi memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga berasa sebak apabila melihat reaksi wajah yang ditunjukkan oleh Derrick.

Selain itu, ada juga pihak yang berhasrat untuk memberi hadiah sebuah motosikal kepada Derrick selepas kisahnya itu mendapat perhatian ramai.

Kisah mengenai Derrick Gan ini wajar dijadikan inspirasi buat semua orang agar lebih bersemangat untuk terus memberi sokongan terhadap Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.