fbpx
Now Reading
Sumber Media Singapura Dakwa Hukuman Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun

Sumber Media Singapura Dakwa Hukuman Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun

Laporan ini keluar tidak sampai sehari selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta media agar tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media Singapura, Channel News Asia (CNA) mendakwa hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dikurangkan.

Menurut CNA yang memetik sumber kerajaan, hukuman 12 tahun yang sebelum ini dijatuhkan terhadap Najib dikurangkan menjadi enam tahun.

Artikel yang diterbitkan pada 31 Januari 2024 itu menyebut, keputusan berkenaan dicapai hasil mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Isnin, 29 Januari yang diketuai Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Foto: CNA

Bukan itu sahaja, sumber CNA juga mendakwa bahawa jumlah denda sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada satu jumlah yang tidak dinyatakan.

Namun setakat ini Lembaga Pengampunan belum mengumumkan sebarang kenyataan tentang keputusan rasmi mesyuarat terbabit.

Laporan keluar selepas Fahmi minta media tidak keluarkan berita berdasarkan sumber

Apa yang lebih mencuri tumpuan, laporan ini keluar tidak sampai sehari selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta media agar tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata.

Fahmi pada Selasa (30 Januari) meminta pengamal media agar menunggu kenyataan dari Lembaga Pengampun berhubung keputusan kes Najib.

Ianya selepas tular laporan Utusan yang mengatakan Najib telah mendapat pengampunan dan akan dibebaskan.

Namun Utusan kemudiannya tampil memohon maaf dan menarik balik laporan tersebut.

Najib sudah jalani penjara selama 2 tahun

Sebagai info Najib sudah menjalani hukuman penjara hampir dua tahun selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hukuman yang dijatuhi Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudiannya dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2023.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.