Peniaga Pasar Malam Di Kelantan Didakwa Tipu Pelanggan, Guna Roti Burger Jadikan Donut
Individu terbabit mendakwa bahawa roti burger itu dipotong di bahagian tengah sebelum disaluti coklat agar kelihatan seperti donut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini, pelbagai jenis makanan-makanan viral yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sehingga ramai peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk menjualnya.
Jika sebelum ini, tular di Malaysia kuih ‘Donut Susu’ yang dikatakan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu serta sedap di makan.
Susulan itu, pasti akan peniaga yang tidak mahu melepaskan peluang menjual donut susu ini serta pelbagai donut lain dengan aneka perisa.
Tular donut fake di pasar malam Bachok
Namun, lain pula kisahnya dengan satu donut perisa coklat ini apabila tular di media sosial sejak semalam (25 Februari) didakwa sebagai ‘donut fake’.
Perkara tersebut mula tular apabila seorang individu tidak dikenali mendakwa telah membeli donut coklat berkenaan di sebuah pasar malam di Bachok, Kelantan daripada seorang peniaga wanita.
Guna roti burger tebok tengah supaya jadi donut
Donut coklat itu kelihatan seperti biasa, bagaimanapun setelah pelanggan terbabit memakannya, dia mula sedar bahawa donut tersebut sebenarnya hanya menggunakan roti burger.
Individu terbabit mendakwa bahawa roti burger itu dipotong di bahagian tengah sebelum disaluti coklat agar kelihatan seperti donut.
Tak hairan pelanggan tertipu, memang nampak macam donut sebenar
Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di akaun X @AmranFans, kuih tersebut sememangnya kelihatan seperi donut sebenar, maka tidak hairanlah pelanggan terbabit boleh terpedaya.
“Roti burger kau potong cucuk tengah jadikan donut. Kalau bab makan mahal atau tak sedap ke (saya) diamkan saja. Tapi ini dah kira menipu,” tulis individu terbabit.
Macam mana lah kau boleh dapat idea ni setannnnn. 🤣 pic.twitter.com/CitJ0CwADk
— Amran Fans (@_AmranFans) February 25, 2024
Roti burger jadikan donut raih perhatian ramai
Ciapan yang dimuat naik di laman X itu mendapat perhatian ramai, di mana kebanyakan netizen member pelbagai reaksi selepas melihat gambar terbabit.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut mempersoal bagaimana peniaga berkenaan mendapat idea untuk menggunakan roti burger sebagai donut.
Namun kami tidak dapat memastikan sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut. Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat tambahan yang kami terima.
Tak baiknya hampakan orang yg betul2 teringin makan donut 🥲
— Rey (@_Chinons0) February 25, 2024
Ni warm up sebelum bulan puasa. Bagus betol idea akak
— That Shoemaker You Know (@Casseygold1) February 25, 2024
Otak orang bisnes memang kena kreatif dan inovatif kan. Tapi ni menipu orang 😆🤣
— DataGem (@Livingproof405) February 25, 2024
Ha, kadang-kadang idea yang terkeluar pun tak tahu dari mana datangnya!
— Barny O (@Official_barnyo) February 25, 2024