“Waktu Untuk Bangunkan Rakyat Malaysia” – Ramai Teruja Bangun Sahur Lepas Tahu Mimi Peri Di KL [Video]
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Mimi Peri dilihat sedang berada di hadapan bangunan ikonik iaitu KLCC pada waktu malam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti video-video seperti suasana di bazar ramadan, klip lokanan Barkoba dari filem 16 Puasa, resepi masakan dan banyak lagi akan kembali memenuhi media sosial.
Tidak hanya itu, video influencer dari Indonesia iaitu Mimi Peri yang cukup popular dengan suaranya mengejutkan umat Islam bersahur juga akan kembali ditayangkan.
Sebut sahaja “Sahur, Sahurr!” pasti muka Mimi Peri yang mula dibayangkan di dalam fikiran bukan?
Mimi Peri kini berada di Kuala Lumpur
Terkini, pempengaruh terkenal Indonesia itu dikatakan sedang berada di Malaysia iaitu di bandar Kuala Lumpur dipercayai atas urusan kerja.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Mimi Peri dilihat sedang berada di hadapan bangunan ikonik iaitu KLCC pada waktu malam.
Mimi Peri nak kejutkan rakyat Malaysia bersahur?
Mimi Peri secara berseloroh berkata, kehadirannya di Malaysia adalah dengan tujuan untuk membangunkan rakyat di negara ini agar bersahur.
“Sahurrr, Sahurr, Sahurr! Saya kini berada di KLCC akan bangunkan anda untuk bersahur. Bangun makhluk bumi yang ada di Malaysia untuk bersahur,” guraunya.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi hanya 28 saat itu ternyata berjaya meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 430,000 orang dan 46,400 tanda suka.
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video Mimi Peri di hadapan KLCC itu.
Kebanyakan netizen teruja dengan kehadirannya ke Malaysia dan ada juga yang berseloroh berasa bersemangat bangun sahur pada hari ini kerana dikejutkan oleh Mimi Peri.
Bersahur juga sunnah sepanjang bulan Ramadan
Selain melakukan solat sunat Tarawih dan Witir, bersahur pada awal pagi sebelum azan Subuh juga merupakan suatu sunnah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Antara kelebihan bersahur ialah dapat melatih diri kita untuk mengerjakan solat sunat tahajud kerana kesempatan untuk bangun sebelum waktu Subuh di luar Ramadan jarang berlaku.
Dengan bersahur, kita dapat menggunakan waktu yang ada untuk mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat Tahajud.
Baca Artikel Berkaitan: Solat Tarawih Di Rumah Tapi Tak Selawat & Wirid? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]
Baca Artikel Berkaitan: