Cedera ketika bermain bola sepak adalah sesuatu yang normal, namun ia pasti bukan lagi kebetulan sekiranya tiga penjaga gol dalam tiga perlawanan berbeza di liga yang sama alami kecederaan dalam minit yang sama.
Memetik Tribuna, kejadian pelik itu berlaku dalam tiga daripada empat perlawanan penting di dalam Liga Belgium pada baru-baru ini.
Pura-pura sakit untuk beri ruang pemain Islam berbuka puasa
Sebenarnya, ini adalah cara bijak yang digunakan oleh tiga penjaga gol itu bagi membantu pemain bergama Islam untuk berbuka puasa semasa dalam perlawanan yang diadakan ketika bulan Ramadan ini.
Berikut ini kisahnya:
Ketika perlawanan KAA Gent menentang Charleroi di mana penjaga gol, Herve’ Koffi secara tiba-tiba terjatuh dan alami kecederaan.
Semasa perlawanan Westerio dan Racing Genk dalam liga yang sama pula, goalkeeper iaitu Maarten Vandevoordt berpura-pura sakit dan telah menerima rawatan.
Kejadian yang sama di minit sama turut berlaku pada penjaga gol Tobe Leysen ketika perlawanan OH Leuven menentang Mechelen.
Ketiga-tiga perlawanan ini berlangsung pada Isnin lalu (18 Mac) dalam waktu yang sama di stadium berbeza di Belgium.
Para pemain buat perjanjian dalam diam
Difahamkan, perkara ini merupakan perjanjian dalam diam di kalangan pemain sendiri kerana banyak di antara mereka yang menjalani ibadah puasa.
Berpura-pura cedera sekitar minit ke-20 membolehkan para pemain Muslim berehat seketika untuk mendapatkan makanan dan minuman ketika sudah masuk waktu berbuka.
Berbeza di England dan Belanda di mana pengadil boleh memberhentikan permainan semasa masuk waktu berbuka puasa, peraturan tersebut tiada di Belgium menyebabkan para pemain terpaksa mencari penyelesaian tersendiri.