fbpx
Now Reading
“Dah Buang Glove Kuning” – Peniaga Tampil Mohon Maaf & Akui Kesilapan Selepas Ditegur KKM [Video]

“Dah Buang Glove Kuning” – Peniaga Tampil Mohon Maaf & Akui Kesilapan Selepas Ditegur KKM [Video]

Ramai yang memuji tindakan Dania Sedek yang berani mengakui kesilapan dirinya serta tidak melenting ketika ditegur walaupun dikritik teruk oleh netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Kementerian Kesihatan (KKM) menegur seorang TikTokers yang juga usahawan wanita untuk tidak menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang biasanya digunakan untuk kerja kebersihan semasa dia mengendalikan makanan.

Perkara itu mula mendapat perhatian KKM selepas tular video wanita itu mengajar cara untuk membuat air asam siam dengan menggaulkan beberapa bahan di dalam satu bekas besar sambil menggunakan sarung tangan terbabit.

Peniaga guna glove kuning akui kesilapan diri

Cakna dengan perkara itu, peniaga wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dania Sedek akhirnya tampil mengakui kesilapan dirinya.

Menerusi hantaran yang dimuat di akaun TikTok miliknya @daniasedek, Dania berkata dia menyedari tentang perkara itu selepas pekerjanya memberitahu bahawa video berkenaan tular sehingga mendapat perhatian KKM.

Mohon maaf, sarung tangan kuning sudah dibuang dan akan diganti baru

Dania pada masa sama juga membuat permohonaan maaf secara terbuka dan menyatakan bahawa sarung tangan berkenaan telahpun dibuangnya dan akan digantikan dengan yang lebih bersesuain dalam mengendalikan makanan.

“Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik. Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepas ini Dania akan lebih ‘alert’ dan akan tukar glove untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya, dia sebelum ini menggunakan sarung tangan terbabit kerana ianya sama dengan warna jenama perniagaannya selain kuning juga warna kegemarannya.

Di akhir video, Dania berharap agar isu yang menimpa dirinya itu boleh dijadikan pengajaran buat para peniaga makanan yang lain juga.

@daniasedek

Replying to @nia🌧️ Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik 🥰 Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini ❤️

♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Perkara sama turut dikongsikan oleh Dania menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Netizen puji Dania berani akui kesilapan dan ingin memperbetulkan kesilapan

Sementara itu, meminda ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Dania yang tidak melenting ketika ditegur dan berani mengakui kesilapan dirinya selain akan memperbaikinya.

Malah ada juga netizen yang ingin terus memberi sokongan terhadap peniagaan Nasi Bismi yang diusahakan oleh Dania selepas ini kerana sikapnya itu.

KKM nasihat guna sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove)

Terdahulu, KKM menasihati agar para peniaga makanan untuk menggunakan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) kerana lebih selamat untuk mengendalikan makanan selain tidak meninggalkan sisa kotoran.

KKM turut menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen:

Baca Artikel Berkaitan: “Sarung Tangan Berwarna Kuning Untuk Pencucian, Tidak Sesuai Untuk Makanan” – KKM [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.