Tak Nak Disalah Guna, Wanita Bantu Sekat & Rosakkan Kad Bank Ditemui Tercicir Raih Pujian Ramai [Video]
Menurut wanita itu, dia bertindak sedemikian dengan harapan individu lain akan turut melakukan perkara sama sekiranya dia kehilangan kad bank.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ramai dari kita pasti pernah kehilangan kad pengenalan diri (IC) atau kad bank akibat kecuaian diri sendiri seperti tercicir atau tertinggal di sesuatu tempat.
Lebih membahayakan, apabila kad itu ditemui oleh individu tidak bertanggungjawab yang mungkin akan menyalahgunakannya.
Jika lambat sedar, pasti duit di dalam bank boleh lesap begitu sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya kaedah pembayaran secara ‘paywave’. Sekadar peringatakan, kejadian sebegini telah banyak yang berlaku.
Tular wanita rosakkan kad bank yang dijumpai tercicir supaya tidak disalah guna orang lain
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial video seorang wanita merosakkan sekeping kad bank yang ditemui tercicir agar tidak disalah guna oleh individu lain.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shintyann, wanita itu berkata dia menjumpai kad berkenaan di sekitar kawasan bangunan Empire Damansara.
“Untuk sesiapa yang kehilangan kad di Empire Damansara, jangan risau saya sekat kad awak jadi saya akan rosakkannya sekarang,” katanya.
Cuba patahkan kad sebelum buang dalam tong sampah
Dalam video terbabit, kelihatan wanita itu cuba mematahkan kad berkenaan dengan melipatnya agar ia tidak dapat berfungsi.
Wanita itu turut bertindak membuang kad terbabit di dalam tong sampah agar ia tidak dikutip oleh individu lain selepas gagal mematahkan kad itu sepenuhnya.
Berharap orang lain melakukan perkara sama jika dia kehilangan kad
Jelas wanita itu, dia pada mulanya hanya ingin mengabaikan kad tersebut dan balik ke rumah, namun dia melakukan perkara tersebut kerana berharap individu lain turut melakukan perkara sama sekiranya dia kehilangan kad bank.
Di akhir perkongsian, dia turut menasihati orang ramai agar sentiasa memeriksa dokumen penting seperti MyKad dan kad bank di dalam dompet.
Bantu sekat kad bank terbabit dari disalah guna, netizen pakat beri pujian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian kepada wanita itu kerana membantu ‘menyekat’ kad berkenaan daripada digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk berbelanja sesuka hati.
Ada juga yang menasihati wanita itu agar merosakan cip kad terbabit dengan mengguris atau memotongnya untuk memastikan ia benar-benar tidak boleh digunakan lagi.