fbpx
Now Reading
“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian motosikal baharu itu menyusahkan anaknya sehingga menawarkan untuk menjual motor yang lama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap anak pastinya menyimpan hasrat untuk memberikan hadiah kepada ibu dan ayah sesuatu barangan yang boleh membuatkan mereka gembira.

Tidak kiralah murah atau mahal, apa yang penting adalah hadiah itu sebagai tanda penghargaan anak kepada ibu bapa yang sudah banyak berjasa.

Malah kadangkala hadiah yang diberikan oleh si anak turut membuatkan ibu bapa terharu serta sebak dengan pemberian tersebut.

Lelaki hadiahkan bapa motosikal

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki apabila bertindak menghadiahkan bapanya sebuah motosikal baharu.

Menerusi video yang dikongsikan @renzhat5037, awalnya kelihatan si bapa pulang ke rumah sambil menaiki motosikal. Dia kemudian berhenti selepas terlihat sebuah motosikal berwarna kuning masih berbalut plastik di depan rumah.

Bapa Renzhat kemudian bertanya milik siapakah motosikal tersebut, dia lalu menjawab ia adalah kepunyaan rakannya.

Si bapa kemudian turun dari motosikalnya dan membelek motor berkenaan.

Tak sangka, motosikal kuning rupanya hadiah dari anak

Tidak lama kemudian Renzhat bertanya kepada bapanya adakah motosikal jenis Honda Vario itu cantik sebelum mengatakan ia adalah si bapa.

Terkejut dengan perkara itu, dia kemudian ketawa selain turut bertanya bagaimana anaknya itu boleh membeli motosikal berkenaan.

Meskipun kelihatan gembira namun dapat dilihat masih terselit rasa bimbang si bapa mungkin kerana enggan menyusahkan anaknya apabila membeli motosikal yang baharu.

Gembira namun kelihatan gusar anak belikan hadiah, siap tawar jual motor sedia ada

Malah dia turut memberi cadangan untuk menjual motosikal putih yang dibawanya sebentar tadi sebagai ganti dengan motor baharu.

“Eh kamu beli macam mana? Uish, motor ni kamu beli baru. Buat apa?

“Tak tolak (jual) motor tu? Kamu bayar macam mana ni?” tanyanya lagi dengan nada lembut.

Tidak mahu bapa memikirkan perkara tersebut, Renzhat kemudian meminta bapanya untuk mencuba motosikal baharunya itu.

Dalam video kelihatan si bapa terharu apabila anak sulungnya memberikan hadiah tersebut dan meluahkan kegembiraan.

Motosikal dijaga dengan baik dan masih berkilat selepas sebulan dihadiahkan

Sementara itu, Renzhat turut memuat naik satu lagi video di TikTok memaparkan keadaan selepas sebulan motosikal itu berada di rumah.

Dalam video itu si bapa turut memaklumkan dia tidak dapat membasuh motosikal berkenaan kerana sering hujan dan kelihatan ia masih berkilat.

Hasil carian kami mendapati video tersebut telah dimuat naik oleh Renzhat pada Ogos tahun lalu namun ia menjadi tular semula di laman X.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terharu dengan reaksi si bapa dan gembira kerana Renzhat dapat menghadiahkan motosikal buat ayah tercinta.

“Bapa-bapa punya reaksi memang begitu. Dia akan pertikaikan segala hal tapi sebenarnya dia suka apa kita bagi”

“Mesti lari menangis dekat kedai tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.