fbpx
Now Reading
Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur anggota polis berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kesesakan lalu lintas di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baharu dan ia hanya terjadi pada waktu tertentu seperti pagi dan petang.

Kebiasaannya waktu ini adalah waktu di mana orang ramai menggunakan jalan raya untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna jalan raya kita disarankan untuk merancang perjalanan dengan baik sekiranya ingin mengelak daripada tersekat dalam kesesakan sebagai contoh menggunakan jalan alternatif dan sebagainya.

Perodua Ativa kantoi ekori kereta peronda polis

Namun berbeza dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Ativa ini apabila pemandu kereta berkenaan bertindak mengekori kereta peronda polis dipercayai kerana ingin mengelak dari tersekat dalam lalu lintas.

Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan di Facebook Malaysia Viral, awalnya kelihatan pengguna jalan raya memberikan laluan kepada sebuah kereta peronda polis.

Namun tidak lama kemudian kelihatan Perodua Ativa berwarna merah turut bertindak mengekori (tailgate) kereta peronda berkenaan ketika ia diberikan laluan oleh orang ramai.

Polis segera berhenti dan tegur pemandu Ativa

Mungkin menyedari tindakan yang dilakukan oleh Perodua Ativa terbabit, pemandu yang juga anggota polis kemudian dengan segera menghentikan kenderaannya di tengah jalan.

Anggota berkenaan kemudian turun dari kenderaan itu sebelum dipercayai menegur tindakan pemandu Ativa tersebut.

Difahamkan perkara itu berlaku pada 27 April lalu, namun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap anggota polis berkenaan kerana pantas bertindak dan menegur sikap pemandu Ativa berkenaan.

“Sokong polis banyak keluar ronda, tangkap pemandu pembuli…”

“Padan muka, salute polis”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.