fbpx
Now Reading
Maskot Rasmi Sudah Diperkenalkan, Taman Tema Wetland Studios Putrajaya Bakal Dibuka 1 Mei Ini

Maskot Rasmi Sudah Diperkenalkan, Taman Tema Wetland Studios Putrajaya Bakal Dibuka 1 Mei Ini

Tujuan ketiga-tiga maskot ini diwujudkan sebagai gambaran perspektif luas seperti dilihat titisan-titisan hujan tersebut yang berada tinggi di langit biru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Mac), taman berkonsep edutainment didik hibur, Wetland Studios Putrajaya yang bakal dibuka pada 1 Mei ini secara rasmi memperkenalkan maskot bernama KiKaKo Kids.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud, pihaknya berasa sangat teruja dengan pendekatan digunakan KRU Group selaku pemilik bersama untuk mempromosikan taman tema tersebut.

“Kami sangat teruja dengan pendekatan dibuat oleh pihak KRU ini. Mereka bukan sahaja bagus dalam membuat perancangan strategik, tetapi juga keupayaan dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi besar.

“Ia termasuklah jalinan penglibatan syarikat rakaman Universal Music, bagi mempromosikan taman bencah dan taman rekreasi kami dalam konteks yang lebih menyeluruh,” kata beliau sewaktu menyempurnakan majlis pelancaran.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim menjelaskan, taman berkonsep didik hibur itu yang berada di dalam Taman Wetland Putrajaya bakal disajikan dengan pelbagai informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi

“KiKaKo Kids sebenarnya terdiri daripada tiga watak iaitu Kiki, Kaka dan Koko yang merupakan titisan air tinggal di awan.

“Tujuan ketiga-tiga maskot ini diwujudkan sebagai gambaran perspektif luas seperti dilihat titisan-titisan hujan tersebut yang berada tinggi di langit biru,” kata Norman menjelaskan peranan KaKiKo Kids.

Tambah Norman, para pengunjung akan menempuhi satu pengalaman unik dan berbeza jika dibandingkan dengan taman-taman tema sedia ada.

“Mereka akan dibawa memasuki alam hibrid secara maya dan fizikal, tetapi pada masa sama dapat mendalami tentang sejarah bumi dan makhluk yang hidup di permukaannya.

“Terutamanya, taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan penting air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok, bunga dan lain-lain.

Wetland Studios tawar pelbagai tarikan menarik seperti replika haiwan animatronik & hiasan

Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi.

Lebih canggih, seperti mana penonton menyaksikan karya-karya milik KRU, taman tema tertutup itu turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.

20% diskaun untuk early bird

Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20% untuk pengunjung yang membuat pendaftaran awal dan boleh ditebus bermula 1 hingga 31 Mei 2023.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.