fbpx
Now Reading
Isteri Pun Perlu Masa Untuk Diri Sendiri, Elak ‘Burnout’ Ketika Uruskan Keluarga. Setuju?

Isteri Pun Perlu Masa Untuk Diri Sendiri, Elak ‘Burnout’ Ketika Uruskan Keluarga. Setuju?

Antara aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu ‘me time’ adalah bercuti, berhibur bersama rakan dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang isteri dan ibu merupakan impian kebanyakan wanita, namun semua pasti mengetahui ia bukanlah perkara yang mudah terutama jika seseorang itu bekerjaya.

Ini kerana sebagai seorang ibu dan suri rumah mereka kebiasaannya berperanan untuk menguruskan hal rumah tangga seperti mengemas, menguruskan anak, memasak serta banyak lagi.

Setiap perkara ini memerlukan masa, tenaga agar semuanya dapat diuruskan dengan baik dan berada dalam keadaan teratur.

Penat dengan rutin harian

Namun seperti kita tahu mereka juga adalah manusia biasa yang adakalanya penat dengan rutin harian. Mana tidaknya sekiranya wanita berkenaan bekerja di pejabat hampir setengah hari, tenaganya digunakan untuk bekerja bagi mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.

Apabila pulang perlu menguruskan anak, memasak serta mengemaskan rumah pula itu belum lagi perlu melayani pelbagai ragam anak-anak.

Mendengarnya sahaja sebagai seorang manusia biasa kita sudah mula berasa letih bayangkan inilah perkara yang dilalui oleh mereka setiap hari.

Keletihan buat isteri rasa tepu dan beremosi

Keletihan yang dialami oleh para suri rumah adakalanya boleh membuatkan mereka berasa tepu, cepat letih, beremosi dan mudah naik angin.

Oleh itu, anda sebagai suami jika melihat tanda-tanda ini berlaku kepada isteri itu adalah ‘sign’ mereka memerlukan waktu sendiri atau lebih mudah dipanggil ‘me time’.

Tempoh ‘me time’ ini sebenarnya adalah penting kerana ia dapat memberi ruang kepada si isteri untuk berehat dengan melakukan apa-apa aktiviti yang digemarnya selepas penat dengan rutin harian.

Pelbagai aktiviti ‘me time’ boleh dilakukan

Antara aktiviti ‘me time’ boleh dilakukan seperti:

  • Berhibur bersama rakan
  • Bercuti
  • Membeli belah
  • Melakukan hobi
  • Manjakan diri di spa
  • Makan makanan kegemaran serta banyak lagi

Sekali sekala beri isteri berehat kerana seperti kita tahu tidak kiralah yang bekerja atau pun suri rumah sepenuh masa, wanita sering dikenali dengan kemahiran ‘multitasking’ mereka yang boleh melakukan pelbagai perkara dalam satu masa.

‘Me time’ adalah ruang yang baik untuk kesihatan emosi isteri

Bukan hanya itu, ruang yang diberikan ini juga baik untuk kesihatan emosi isteri anda.

Bak kata orang ‘Happy wife, happy life’. Oleh itu, biarkan isteri anda untuk menguruskan diri mereka terlebih dahulu sebelum memberikan fokus semula kepada keluarga.

Yelah siapa tidak bosan jika setiap hari hanya melakukan perkara yang sama sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, kajian mendapati pasangan yang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri mempunyai kemungkinan untuk bermasalah.

Perkara itu disebabkan ‘me time’ dapat memberi peluang kepada isteri mendalami diri mereka selain turut menjadikan mereka menghargai suami serta keluarga.

Kebanyakan para isteri dan ibu di luar sana adakalanya terlupa untuk ‘menguruskan’ keperluan diri dek kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga.

Makanya berlakulah keadaan emosi terganggu, burn out serta banyak lagi. Sebagai wanita anda perlu sayangi dan prihatin kepada diri sendiri sebelum menjaga keluarga. Ini kerana para isteri merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.