fbpx

Kemaafan Adalah Perkara Paling Besar Di Bulan Ramadan, Ini Sebabnya

Perkara utama yang perlu diambil berat di bulan Ramadan ini adalah meraih keredaan dan pengampunan dari Allah SWT dan saling memaafkan sesama manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bulan Ramadan adalah bulan kemuliaan yang penuh dengan kerahmatan Allah SWT. Dan bagi umat Islam pula, kedatangan bulan paling mulia ini diraikan dan disambut dengan penuh keinsafan sekali gus menjadi pemangkin untuk membersihkan diri dalam menjadi manusia yang lebih bertaqwa.

Malaikat Jibril AS dalam satu hadis sahih pernah menyebut tentang tiga golongan orang yang akan dimasukan ke neraka dan (atau) dijauhkan oleh rahmat Allah SWT, lalu Nabi Muhammad SAW mengaminkan doa-doa tersebut iaitu:

  • Orang yang bertemu bulan Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
  • Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
  • Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW apabila disebut kepadanya.

Justeru bila menjelangnya Ramadan, rata-rata umat Islam pastinya akan bersungguh-sungguh mengambil kesempatan yang ada untuk melipatgandakan ibadat dan mempelbagaikan amalan – demi mendapatkan keampunan Allah.

Malah hadis ini turut menekankan betapa pentingnya seseorang manusia untuk berbakti kepada ibu bapanya selagi mereka masih bernafas.

Pentingnya kemaafan

Selain mengejar pahala dan keampunan Ilahi, umat Islam juga digalakkan untuk bermaaf-maafan sesama insan pada bulan suci ini dan juga semasa Hari Raya Aidilfitri kerana kemaafan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. 

Apabila kita memaafkan orang lain, bukan saja hati pesalah berasa tenang, bahkan Allah akan memuliakan, meninggikan darjat selain menurunkan nikmat ketenangan kepada kita.

Namun itu tidak bermakna ia hanya dipraktikkan pada bulan mulia ini sahaja, Sebaliknya,  kesemua nilai-nilai murni ini termasuklah sikap suka memohon maaf dan memaafkan harus diamalkan pada bila-bila masa kerana ia sangat dituntut oleh agama Islam.

Ramadan eratkan ikatan kekeluargaan

Di Malaysia, sama seperti Hari Raya Aidilftri, Ramadan sinonimnya disambut bersama orang tersayang. Meskipun sibuk dengan tugas harian, ramai akan menyelitkan waktu asalkan dapat berhimpun bersama keluarga, baik untuk aktiviti ibadat atau berbuka dan sahur.

Malah ramai pasti bersetuju kalau kami katakan yang Ramadan juga banyak memberikan kebaikan untuk kehidupan sesebuah keluarga.

Namun keakraban bersama keluarga khususnya ibu bapa dan juga kenalan tidak harus terbatas pada bulan mulia ini sahaja, sebaiknya ia harus berterusan sepanjang masa. 

Envato

Bercerita tentang ikatan kekeluargaan, tahukah anda 90% daripada jumlah masa yang kita luangkan dengan ibu bapa adalah dari usia 0 – 18 tahun? Pada waktu inilah kita dibentuk dan dididik kerana kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih. 

Malah pada waktu sebegini jugalah kita dimanjakan, diberi 100% tumpuan dan curahan kasih sayang tidak berbelah bahagi yang pastinya menjadi satu memori terindah hingga ke akhir hayat.

Selepas dari usia tersebut, kita sudah mula sibuk dengan pelbagai aktiviti dan urusan harian lainnya seperti di tempat belajar atau mungkin di pejabat. 

Namun apa kata kita ubah semua itu dan terus mencipta memori indah bersama keluarga dan orang tersayang.

Rai Hari Mulia Bersama-sama Dengan Insan Tersayang

Jangan bataskan kasih sayang hanya pada bulan Ramadan, 1 Syawal atau di usia muda sahaja, sebaliknya jadikan bulan mulia tahun ini sebagai titik pemula untuk anda terus menguatkan hubungan bersama keluarga tercinta.

Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan…

Ketahuilah kasih sayang, setiap momen dan detik berharga yang anda kecapi dalam dunia ini perlu diraikan bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga dan insan tersayang. Apa yang ditekankan di sini adalah ‘bersama-sama’.

Itulah erti sebenar berkasih sayang, ‘Susah senang kita bersama’.

Envato

MR.DIY Raya 2024: Sama-sama Melangkah: Filem Raya Paling Menyentuh Hati

Alang-alang bercerita tentang kasih sayang, baru-baru ini sebuah video bertemakan Aidilfitri telah mencuri perhatian netizen.  

Filem web raya berunsur kekeluargaan yang berkisar mengenai seorang lelaki berkeluarga, Rahmat bersama ibunya yang sudah tua bukan sahaja membuatkan netizen menitiskan air mata malah berjaya ‘membuka mata’ orang ramai untuk lebih menghargai ibu bapa yang masih ada. 

Ini kerana tidak semua dari kita berpeluang untuk berbakti kepada ahli keluarga khususnya ibu bapa kerana ada yang sudah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Kian lama, detik kian berharga.
Sama-sama raikan pengorbanan,
Eratkan hubungan.

#RayaSamaSamaMRDIY #RayaSamaSamaMelangkah #mrdiymalaysia


Untuk maklumat lanjut dan lebih aktiviti menarik bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, jangan lupa untuk follow akaun media sosial MR.DIY!

Envato

Kesimpulan

Manusia tidak lari dari sifat lalai dan leka. Namun sesibuk mana pun kita atau sejauh mana kaki kita melangkah, jangan pernah sesekali melupakan ibu bapa yang masih ada, kerana siapa kita pada hari ini adalah hasil didikan dan bimbingan mereka. 

Bukan itu sahaja, ingat juga bahawa salah satu sifat penghuni syurga adalah memaafkan orang yang lain. Jadilah orang yang mudah meminta maaf dan mudah memaafkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.