fbpx
Now Reading
Sufian Suhaimi Tak Mahu Fikir Soal Kahwin

Sufian Suhaimi Tak Mahu Fikir Soal Kahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin sudah trauma dengan episod putus tunang, Sufian Suhaimi tidak mahu memikirkan soal ingin berkahwin lagi. Malah katanya, cinta juga bukan fokus utamanya lagi pada tahun ini dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya.

“Pada tahun 2018 saya sudah ada beberapa rancangan, dan saya cuba sibukkan diri saya dengan kerjaya. Bagi saya cinta bukan lagi fokus utama saya. Buat masa ini saya tidak fikir dan tiada sasaran pun bila ingin berkahwin,” katanya.

Manakala Sufian yang tampil bersih tanpa jambang, menyifatkan tindakannya bukan kerana move on di atas peristiwa hitam lalu. Tetapi jelas Sufian, beliau hanya ingin berubah angin sempena menyambut hari jadi Febuari lalu.

Terbaru Sufian bukan saja tampil bersih tanpa jambang, malah gayanya yang bersahaja memakai kemeja bunga membuatkan ramai menggelarkannya Oppa Malaysia. Makin laku Sufian ya sejak-sejak single!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.