fbpx
Now Reading
Fasha Muat Naik OOTD Berbaju Biru Sama Seperti Isteri ‘Chief’ Nazri

Fasha Muat Naik OOTD Berbaju Biru Sama Seperti Isteri ‘Chief’ Nazri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan Fasha Sandha memuat naik foto pakaian hari ini (OOTD) bersebalahan keretanya yang berwarna biru mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.

Fasha, 34, yang menggayakan baju-T dengan gambar dacing dan tulisan ‘chief’ itu dikatakan secara terbuka menunjukkan undiannya terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Feeling blue today, Have a good day everyone!) ” tulis Fasha pada Selasa.

Chief merupakan gelaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Foto yang dimuat naik empat jam lalu itu telah mendapat lebih 50,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen pengikutnya.

Selain itu, foto berkenaan turut mendapat maklum balas daripada isteri Nazri iaitu Datin Seri Haflin yang menunjukkan perasaan suka dan gembira dengan gambar yang dimuat naik Fasha.

Malah, beliau menjadi orang pertama meninggalkan komen pada gambar berkenaan.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir pengikut yang mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata negatif menganggap undi sepatutnya menjadi rahsia.

Ada juga yang bersetuju dengan pilihan pelakon Syurga Yang Kedua ini untuk terus mengekalkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada Rabu.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.