Now Reading
Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 2019, Dan Senarai Penuh Pemenang

Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 2019, Dan Senarai Penuh Pemenang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berlabuh sudah Angerah Bintang Popular Berita Harian(ABGBH) ke 32 semalam menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai pemegang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH  32.

Apa yang menariknya peminat memilih pelakon cantik itu menewaskan puluhan bintang besar lain seperti Shafiq Kyle, Khai Bahar, Siti Nordiana, Fattah Amin dan ramai lagi.

Mira Filzah, Bintang Paling Popular ABPBH32 Foto : Berita Harian

Dipetik dari Berita Harian,Mira yang berpakej lengkap dari segi lakonan mantap dan rupa yang menawan meraih undi tertinggi dengan 6,320 ,463 meninggalkan pencabar terdekatnya Khai Bahar.

Kemenangan ini melayakkan Mira membawa pulang Nissan X-Trail 2.0L Hybrid berharga RM 160,00 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd(ETCM) berserta trofi yang disampaikan oleh Juara ABPBH 1990, Aishah

Mira bersama Hadiah dan Trofi Foto: Berita Harian

ABPBH yang disiarkan live di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan Hosnya Dato AC Mizal dan Elly Mazlein berlangsung meriah malah diserikan dengan persembahan mantap penyanyi-penyanyi besar seperti Aishah, Raihan, Akim Ahmad, Hazama, Ismail Izzani, Zizan Razak, Stacy, De Fam, Andi Bernade, Ariff Bahran,Idayu, Ernie Zakri, Liza Hanim, SonaOne, Aliff , Sufian Shuhaimi, Zamaera dan artis jemputan GTI dari Korea Selatan.

Hos ABPBH32 Dato AC Mizal Dan Elly Mazlein Foto: Berita Harian

Senarai Penuh Semua Pemenang  bagi edisi ke 32 ABPBH

Kategori Utama :

Bintang Paling Popular : Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular : Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular :  Haneesya Hanee
Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular : Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa : Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa :Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow : Siti Nordian
Pengacara TV Popular : Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular : DJ Lin
Artis Kolaborasi / Duo Popular : Dayang Nurfaizah & Hael Hussaini
Artis Komedi Popular :  Zizan Razak
Artis Versatil Popular : Janna Nick
Artis Indonesia Popular : Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular : BTS

Syafiq dan Mira : Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular Alha Alfa 2019

Kategori Online :

Pelakon Watak Antogonis Popular : Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular : Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom :Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
Gandingan Serasi Drama Popular: Mira Filzah & Remy Ishak (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular : Syafiq Kyle & Hanna Delisha (Langsuir)

Kategori Khas :

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.