fbpx

Risteena Bahagia Isa Khan Suap Makan, Ikat Rambut Dan Potongkan Kuku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6Iq3psJqqn/

Peminat dunia hiburan pasti sudah sedia maklum yang pelakon Nur Risteena Munim sudah pun bertunang dengan kekasih yang selama ini dirahsiakan dari umum iaitu Isa Khan. Malah kisah percintaan dan pertunangan mereka di Bali turut mendapat perhatian orang ramai.

Baca artikel berkaitan : Risteena Kongsi Gambar BF , Netizen Teka Itu Isa Khan

Kakak kepada pelakon Ruhainies itu berkali-kali menyifatkan dia adalah wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan tunangnya, Isa Khan.

Foto : IG Risteena

Baru-baru ini, melalui IGV Risteena ada berkongsikan momen indah sepanjang 5 bulan bercinta bersama lelaki itu dan dia turut berharap detik itu akan berterusan buat selamanya

Dapat dilihat dalam video tersebut betapa romantiknya layanan Isa Khan kepada Risteena persis seorang puteri. Bukan setakat meminjamkan bahu untuk lelap seketika, Isa Khan juga dilihat menyuap makan, mencucikan kaki malah memotongkan kuku Risteena.

Wow Cloud 9!

Dia turut menyatakan rasa kagum atas kesungguhan dan janji Isa yang akan menjadikannya wanita paling bahagia di dunia.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia. Mereka mula berkenalan secara lebih rapat sejak lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.

Semoga berbahagia sampai ke akhirnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.