fbpx
Now Reading
Mira Filzah Bakal Kahwin Oktober Ini?

Mira Filzah Bakal Kahwin Oktober Ini?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar penghujung tahun lalu, kami ada melaporkan yang Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Namun media dan peminat seolah dapat menghidu lelaki yang dimaksudkan adalah Wan Emir Astar,seorang arkitek apabila mereka dua dilihat bersama buat pertama kali di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi pelakon Farah Nabilah

Wan Emir dilihat bersama Emir sewaktu resepsi Farah Nabilah Foto: Ohbulan!

Terbaru Mira dan Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.

Memetik Awani yang memetik sumber, majlis mereka yang setakat ini belum memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka, akan diadakan di ibu negara.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada portal berkenaan

Pasangan berkenaan difahamkan a sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah bersekolah di sekolah yang sama namun terputus hubungan apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, namun kembali bertemu dan berhubung semula baru-baru ini.

Sebagai rekod, Ibu Wan Emir ialah Datin Mastura Mohd Yazid Ahli Parlimen Kuala Kangsar, yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020 di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.