fbpx
Now Reading
“Hujung Dunia Pun Saya Akan Cari” – 30 Minit Tak Balas Mesej, Isa Khan Bergegas Cari Risteena

“Hujung Dunia Pun Saya Akan Cari” – 30 Minit Tak Balas Mesej, Isa Khan Bergegas Cari Risteena

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kisah pasangan manis bergula, Risteena dan Isa Khan sentias menarik perhatian orang ramai . Jika sebelum ini kisah mereka menjadi perbualan dek layanan 1st clas yang diberikan Isa Khan antaranya mengikatkan rambut, memotong kuku malah mencucikan kaki.

Terbaru kisah mereka sekali lagi menarik perhatian netizen apabila Risteena berkongsi kepada orang ramai gelagat panik tunangnya itu.

Memandu dari Cheras Ke Gombak kerana risau

Difahamkan Isa Khan sanggup memandu dari Cheras ke Gombak semata-mata mahu memastikan Risteena dalam keadaan selepas gagal menghubunginya mahupun membalas mesej di aplikasi perbualan Whatsapp selama 30 minit.

Menerusi IG, Ristena berkata mereka kebiasaanya akan berkomunikasi melalui telefon sekiranya Risteena dalam perjalanan pulang ke rumah, namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana banyak terserempak dengan peronda polis.

Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. . Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone.

Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok.

Tak sangka hilang setengah jam pun dah risau

Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu. Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak. Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. Kesian diorang!

Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi. Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya. Myhero!

Rasa selamat since dengan Isa

Menurut Risteena lagi, sikap prihatin dan ambil peduli tunangnya membuatkan dirinya sentiasa rasa selamat, Malah menurutnya ibu bapanya juga kini dah boleh bergantung harap kepada Isa untuk menjaganya

So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni. To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde. My parents dah boleh harapkan awak.

I love you, sayang.
Cinta hati saya 🙂

Hujung dunia pun saya akan cari

Menerusi screenshot perbualan whatsapp di video tersebut dapat diihat yang Isa Khan benar-benar risau dan memandang serius kehilangan 30 mins Risteena itu.

Namun ini membuktikan betapa seriusnya perasaan Isa pada tunangna itu sehingga mengeluarkan kata-kata : ” Hujung dunia pun saya akan cari awak sampai jumpa”

Boleh kawin cepat dah ni hehe. Happy je tengok diorang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.