fbpx
Now Reading
Nyanyian Merdu ‘Aku Bidadari Syurgamu ‘ Oleh Adik Istimewa Ini Dapat Perhatian Tokti & Ippo Hafiz

Nyanyian Merdu ‘Aku Bidadari Syurgamu ‘ Oleh Adik Istimewa Ini Dapat Perhatian Tokti & Ippo Hafiz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CED65AeDUTm/

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 sudahpun melabuhkan tirai, namun cerita ini masih lagi menjadi perbualan hangat masyarakat.

Malah OST drama ini Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal penyanyi no 1 negara, Dato Siti Nurhaliza juga cukup memberikan kesan sehingga ramai mengambil kesempatan untuk membuat cover lagu ciptaan Ippo Hafiz ini baik dari kalangan selebriti mahupun peminat biasa/

 Namun diantara semua video cover, lagu nyanyian seorang pelajar dari SMK Pendidikan Khas Setapak yang membawa lagu ini telah mencuri perhatian ramai.

Video nyanyian merdu oleh pelajar istimewa yang bernama Suhaila ini mula telah dikongsikan oleh seorang guru iaitu Cikgu Intan Natika .

Difahamkan persembahan oleh adik Suhaila yang mempunyai masalah penglihatan itu bersempena satu pertandingan disekolah berkenaan.

Beliau juga dalam masa sama turut memuat naik rakaman berkenaan di Youtube miliknya.

Nyanyian jelas memikat semua orang malahan turut menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza dan juga Ippo Hafiz

Dilihat di ruangan komen di Youtube cikgu ini, rata rata memuji nyanyian adik ini malah menyifatkan nyanyiannya penuh penghayatan.

Tahniah adik Suhaila!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.