fbpx
Now Reading
Tahniah! Zayn Malik Dan Gigi Hadid Menimang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah! Zayn Malik Dan Gigi Hadid Menimang Cahaya Mata Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFgP88Ml0NF/https://www.instagram.com/p/CFgSR7mHV7y/

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Hollywood, Zayn Malik dan Gigi Hadid yang telah menimang cahaya mata perempuan pada hari Rabu lalu.

Khabar gembira yang dikongsikan sendiri oleh Zayn Malik ini menerusi akaun sosial media miliknya. Zayn tidak mampu mengambarkan perasaannya melalui kata-kata kerana ia sangat sulit untuk diperjelaskan.

“Anak perempuan kami selamat dilahirkan, sihat dan cantik. Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya pada ketika ini,”

“Rasa sayang saya pada si kecil ini sukar untuk diterjemahkan. Saya gembira dengan kelahiran puteri saya serta bersyukur dengan kehidupan mendayang yang akan kami jalani bersama,” tulisnya berserta gambar jari jemari anak perempuanya itu.

Dalam pada itu, Gigi Hadid menyifatkan kehadiran puteri sulungnya itu mengubah kehidupan mereka berdua.

“Anak perempuan kami telah selamat dilahirkan dan dia sudah mengubah kehidupan kami,” ujarnya.

Zayn Malik yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction itu mula berpacaran dengan pasangannya, Gigi Hadid sejak lima tahun yang lalu.

Mereka yang berkenalan di majlis peragaan Victoria’s Secret 2015. Zayn Malik, 27, mengambil langkah pertama dengan mengajak Gigi, 25, keluar bertemu janji selepas itu.

Namun, mereka berpisah pada Januari 2019 dan kembali bersama pada Disember tahun sama. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh takkan ke mana.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri sulungnya itu menerusi ruangan komen. Ada juga yang tidak sabar untuk mengetahui nama puteri sulung mereka dan menawarkan diri untuk menjaga puteri mereka itu.

Kami mendoakan agar hubungan Zayn dan Gigi kekal dan semoga kehadiran si kecil ini dapat merapatkan lagi hubungan mereka berdua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.