fbpx

Gelar Preity Zinta Sayang, Isteri ‘Sergah’ Aaron Aziz Di Instagram

Sergah-sergah manja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika suatu masa dahulu orang ramai terpaksa berutus surat untuk berinteraksi dengan selebriti dan figura umum yang diminati mereka. Namun kini semua nya lebih mudah dengan kewujudan banyak platform media sosial.

Kelebihan ini dilihat digunakan oleh netizen untuk membuat komen, berborak , memberikan pendapat atas apa sahaja entri yang muat naik oleh personaliti kegemaran mereka.

Malah ramai yang turut menggunakannya untuk mengganggu dan menyakat figura umum mereka sama ada menerusi DM ataupun di ruangan komen.

Namun siapa menyangka peluang ini turut digunakan aktor terkenal, Aaron Aziz apabila dia dilfahamkan telah meninggalkan komen pada satu hantaran di laman Instagram aktres Bollywood, Preity Zinta.

Namun dia bukan sekadar meninggal komen biasa sebaliknya menggunakan panggilan sayang kepada wanita cantik tersebut seperti yang dikongsikan Isterinya, Diyana Halik

“Hi Sayang masak apa harini?”

“Hi Sayang masak apa harini? Abang balik lewat sikit k. Jangan rindu abang sangat ok” tulis Aaron Aziz .

Yang menariknya, sambil berseloroh Diyana memaklumkan yang dia telah ditag oleh seseorang mengenai komen tersebut .

“Tak boleh lari la Malik”

“Tadi kita panggil dia, kemain sibuk nanti jap dia cakap tengah settle stuffs.

“Tak boleh lari la Malik…. cuti sudah habis bro… org tag sama gua. Lu jgn mcm mcm Malik!!” jelas Diyana menerusi ruangan kapsyen

Posting tersebut nyata menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gurauan mereka berdua. Malah Diyana turut memaklumkan yang Aaron memang meminati pelakoon Bollywood tersebt.

Enggan mengalah dia juga berkongsi beberapa tanda pagar memberitahu yang dia meminatis selebriti terkenal Korea iaitu Lee Min Ho dan Rain .

Dijengah ke ruangan komen rata-rata peminat dilihat terhibur dengan gurauan pasangan berkenaan malah ramai dilihat membahan Aaron selepas komennya berjaya dikesan netizen

Abisler malik kena tapau

Xleh blah la Malik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.