fbpx
Now Reading
Dilabel Sebagai Kaki Pukul Isteri, Johnny Depp Kalah Dalam Kes Saman Fitnah Tabloid British

Dilabel Sebagai Kaki Pukul Isteri, Johnny Depp Kalah Dalam Kes Saman Fitnah Tabloid British

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal Hollywood Aktor Johnny Depp hari ini dilaporkan telah kalah dalam tuntutan saman terhadap Tabloid British, The Sun yang didakwa memfitnahnya berhubung satu artikel membabitkan kekerasan rumah tangga pada tahun April 2018.

Susulan itu dia kini perlu membayar ganti rugi dalam bentuk kos undang-undang kepada syarikat penerbitan akhbar tersebut iaitu New Group Newspapers Ltd .

Keputusan tersebut dilakukan Hakim Andrew Nicol dari Mahkamah Tinggi UK selepas beberapa bulan kes tersebut diperdengarkan .

Memetik CNN, Nicol sewaktu membuat keputusan berkata meskipun aktor itu sudah “menunjukkan unsur-unsur yang perlu untuk satu kes fitnah,” pihak yang didakwa juga ada menunjukkan bukti “apa yang mereka terbitkan juga adalah benar”

Ianya sekaligus cukup membolehkan beliau membantah dakwaan dan saman yang dibuat Depp terhadap eksekutif editor The Sun, Dan Wootton dan tabloid itu sendiri

Foto : CNN

“Saya mencapai konklusi dengan bukti dan 14 insiden yang dibawa kepada kami dan keputusan ini pun dibuat,” putus Nicol .

Dalam pada itu seorang Jurucakap The Sun berkata, “The Sun telah berdiri dan berkempen untuk mangsa penderaan rumah tangga selama lebih dari dua puluh tahun.

“Mangsa penderaan rumah tangga tidak boleh dibungkam dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hakim atas pertimbangannya yang teliti dan berterima kasih kepada Amber Heard atas keberaniannya dalam memberikan bukti kepada pengadilan.” mengulas kepada keputusan Hakim tersebut yang akhirnya memihak kepada mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.