Now Reading
“Saya Tak Nak Komen Lagi” – Eizlan Enggan Ulas Permohonan Maaf Hans Isaac

“Saya Tak Nak Komen Lagi” – Eizlan Enggan Ulas Permohonan Maaf Hans Isaac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Datuk Seri Eizlan Yusof enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat bekas Pengerusi FINAS, Hans Isaac semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Eizlan yang dihubungi memilih untuk menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap Hans berkaitan dakwaan Eizlan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

“Saya serahkan kepada peguam”

“Peguam ada maklumkan perkara ini. Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaannya. Selebihnya saya tak nak komen lagi. Kita tunggu dan lihat saja,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Hans semalam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Eizlan dan mengakui membuat kesilapan dengan mengaitkan Eizlan dan Excellent Pictures.

Baca artikel berkaitan :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.