Dari Berlakon Kini Menyanyi, Cik B Bakal Tampil Dengan Single Pertamanya ‘Tolonglah’

Wah tak sangka Cik B lepas je berlakon, sekarang dah ada single pertama pulak. Hebat!
Selepas menceburi diri dalam dunia lakonan, anak kepada Dato Sri Vida ini dikatakan bakal mengeluarkan lagu single pertamanya yang bertajuk Tolonglah. Lagu tersebut bakal dilancarkan oleh syarikat Seventeen Eleven Music Sdn Bhd.
So Cikb akan release lagu cikb
— cikb havoc (@HavocCikb) November 29, 2020
1st December ni! Lagu ni pasal life cikb maybe some people tak faham apa maksud mv tu nanti cikb akan terangkan, ni lagu rap maybe ramai tak beberapa gemar namun lirik dia sangat deep Kalau korang faham:/
Lagu ni berjudul tolonglah hehe.
Menurut Cik B, meskipun lagu tersebut menceritakan perjalanan kisah hidupnya, ia juga ditujukan kepada mereka yang menghadapi konflik seperti kehilangan orang tersayang, pernah didera, alami anxiety ataupun depression sekalipun.
Okay Kalau korang pernah kena
— cikb havoc (@HavocCikb) November 29, 2020
Dera,ayah pukul mak,Jiwa bercelaru,org kesanyangan kita meninggal,anxiety,depression and etc silakan dengar lagu cikb.
Lagu yang berjudul Tolonglah ini bakal dilancarkan di Youtube @17elevenmusic pada pukul 9 malam ini. Jangan terkejut tau sebab Cik B akan rap dalam lagu itu nanti. Hebatkan Cik B.
Selain itu, rata-rata ramai yang begitu teruja untuk mendengar lagu single pertamanya itu dan ada mereka juga mengucapkan tahniah atas pelancaran lagu tersebut di ruangan komen Cik B.
4am geng kasi rt teaser tolonglah hehe thx pic.twitter.com/moC5LSa2eb
— cikb havoc (@HavocCikb) November 30, 2020
Jom kita sama-sama dengar lagu Cik B yang berjudul Tolonglah ini di Youtube channel, @17elevenmusic pada pukul 9 malam tau. Dengar teaser lagu ini je pun dah gempak habis. Tahniah kami ucapkan kepada Cik B!