Akaun Bank Tinggal RM19, Zynakal Bengang Duit RM120,000 Kena Kebas
Difahamkan kesemua wang itu adalah hasil pendapatan Zynakal sebagai komposer dan juga penyanyi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi rap terkenal, Zynakal meluahkan rasa kecewanya apabila wang miliknya RM122,100.84 hilang dipercayai ‘dikebas’ oleh seorang individu yang rapat dengannya.
Dia yang tampil menerusi beberapa perkongsian di IG Story turut melampiaskan rasa marahnya kerana tindakan individu tersebut menyebabkan dia betul-betul ‘di hujung tanduk’ apabila baki akaun banknya hanya tinggal RM19.15.
“Asyik kena pijak saja, penatlah. Lama sangat aku diam, tapi bagi muka kena pijak.Kalau RM10 aku boleh saja halalkan, ini segala duit aku hilang.
“Nak aku bagitahu siapa yang rembat duit aku?” luah Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 23.
Bukan itu sahaja, dia menerusi satu lagi perkongsian turut mendedahkan yang wang royaltinya berjumlah RM12,516.55 yang diterima dari Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) bagi tahun 2020 turut lepas selepas diambil individu berkenaan.
Menerusi laporan mStar, kesemua wang itu adalah hasil pendapatan Zynakal sebagai penyanyi dan komposer.
Tiada kaitan dengan syarikat rakaman
Tambah Zynakal lagi, isu ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat rakamannya sebaliknya dengan seseorang yang dikenalinya secara peribadi.
“Cukuplah saya katakan ia tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman.
“Kes ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi.
“Apa tindakan yang akan saya ambil juga tak perlulah cerita kerana takut nanti individu tersebut akan tahu pergerakan saya,” katanya kepada mStar.