fbpx
Now Reading
Mengaku Guna Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Mengaku Guna Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Anju dilaporkan sudah pun membayr denda berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selebriti terkenal, Zarina Anjoulie dilaporkan telah denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

Zarina Anjoulie, 34 atau lebih dikenali dengan panggilan Anju dikenakan hukuman sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah kerana memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun 2021 yang lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, keputusan itu dijatuhkan oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh

“Sepatutnya (kes) berjalan hari ini, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa (29 Mac) semalam.

“Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa selebriti itu telah membayar denda tersebut semalam (29 Mac).

Media sebelum ini melaporkan Anju didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan menggunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine pada 29 Jun 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara 2 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.