fbpx
Now Reading
”Nak Jadi Pelakon Kena Standby Untuk Gigi Patah..” – Nasihat Aaron Aziz Cuit Hati Netizen

”Nak Jadi Pelakon Kena Standby Untuk Gigi Patah..” – Nasihat Aaron Aziz Cuit Hati Netizen

Menurut beliau salah seorang stuntman tidak sengaja melakukan hal itu, namun baginya tiada siapa yang harus dipersalahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon popular yang memegang watak utama filem KL Gangster, Aaron Aziz, memuat naik video di laman Instagram miliknya yang menunjukan salah satu giginya terpatah ketika menjalani penggambaran.

“Nak jadi pelakon, kena standby untuk gigi patah,” ujar Aaron sambil menunjukkan giginya yang patah itu.

Dalam video pendek yang dimuat naik ke Instagram miliknya itu, Aaron turut memberi pesanan kepada mereka yang ingin menceburi bidang lakonan terutamanya babak aksi agar bersedia untuk berdepan perkara sama.

“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon? Nak jadi pelakon kena ‘standby’ untuk buat gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, jadi sekali sekala patahlah gigi.”

Aaron Aziz

“Saja nak share muka buruk saya”

Menerusi ruangan kapsyen, dia turut berseloroh mengatakan mahu orang ramai melihat wajahnya yang menjadi hodoh kerana gigi tersebut.

“Saje je nak share kat korang muka buruk saya. Tapi yg penting masih stylo,” tulisnya dalam nada berseloroh.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dirinya kerana tetap tampil kacak walaupun dalam keadaan gigi yang patah dan tidak kurang juga yang terhibur melihat telatah pelakon itu.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu sudah membetulkan keadaan giginya pada Selasa lalu (21 Jun) sebelum terbang ke Bali untuk bercuti bersama keluarganya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.