fbpx
Now Reading
Enggan Terus Bersengketa, Namun Rossa Sera Beri Gambaran Hubungan Dengan Shuk Hampir Di Penghujung
Tak mahu ada sengketa atau bermusuhan, Rossa Sera Mahu kemelut rumah tangga selesai dengan baik

Enggan Terus Bersengketa, Namun Rossa Sera Beri Gambaran Hubungan Dengan Shuk Hampir Di Penghujung

Tidak mahu ada sengketa atau bermusuhan, Rossa Sera mahu isu rumah tangga diselesai dengan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan mana yang tidak menyayangi bahtera yang dibina setelah sekian lama, namun kemelut yang melanda rumah tangga pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar dan Rossa Sera seperti berada di penghujungnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Rossa Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah seolah-olah memberi gambaran bahawa perkahwinan yang dibina itu sudah berada di penghujung.

“Tak ada persengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah akan datang.”

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak. Ini kerana kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. Insya-Allah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,” kata Sera.

‘Apa yang saya harapkan selepas ini’

Namun, Sera berharap agar masalah itu boleh diselesaikan tanpa sebarang isu kerana enggan bermusuhan atau tarik muka dengan suaminya sekaligus dapat memberikan tumpuan kepada anak mereka.

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.

“Ini kerana kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami.

“Insya-Allah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,” kata Sera selepas diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik Shuk yang menunjukkan pelawak itu berada di mahkamah, pada 1 Julai yang lalu.

Tidak mengulas secara terperinci berkenaan status hubungan mereka

Sera yang dihubungi bagaimanapun, enggan mengulas secara terperinci mengenai hubungan mereka sama ada dalam proses untuk berpisah atau sebaliknya.

Pada 28 Jun lalu, Sera yang muncul dalam program MeleTOP mendedahkan bahawa hubungannya sudah menemui titik noktah dan akan mengambil keputusan terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

Isteri kepada pelawak itu, sebelum ini pernah mendedahkan telah memfailkan cerai ke atas Shuk pada November tahun lepas, akan tetapi status rumah tangga pasangan ini masih menjadi tanda tanya.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain berusia lima tahun dan Nur Assyifatu Aimi berusia 2 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.