fbpx
Now Reading
Lagu ‘Baby Sayang’ Trending Di YouTube, Aliff Syukri Dakwa Dirinya Penyanyi No 1 Malaysia [Video]
Aliff Syukri Dakwa diri penyanyi no 1

Lagu ‘Baby Sayang’ Trending Di YouTube, Aliff Syukri Dakwa Dirinya Penyanyi No 1 Malaysia [Video]

Menurut Aliff Syukri, walaupun banyak menerima kecaman tetapi kebanyakan lagu yang dihasilkan semua menjadi ‘trending’ di YouTube termasuklah lagu Baby Sayang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial dengan kontroversi lagu ‘Baby Sayang’ yang dinyanyikan oleh seorang usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri bersama dengan pasangan duetnya Baby Shima.

Malah, hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya untuk mempromosikan muzik itu sebelum ini turut menjadi perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan aksi tarian yang disifatkan sebagai keterlaluan sehingga dikecam oleh kebanyakan pihak.

Akui diri penyanyi nombor 1 malaysia kerana lagu selalu ‘trending’

Terbaharu, usahawan kontroversi itu dalam satu temubual telah mengakui bahawa dirinya sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia.

Ia adalah berikutan, kebanyakan lagu yang dihasilkannya sentiasa menjadi ‘trending’ di platform media sosial.

Dakwa orang Malaysia tak pandai nilai bakat, 10 lagu dihasilkan ‘trending’ di Youtube

Memetik laporan Harian Metro, dia dalam masa sama turut menyifatkan bahawa masyarakat tidak tahu menilai bakat yang dimilikinya kerana kesemua 10 lagu yang telah dinyanyikan menjadi ‘trending’ di laman YouTube.

“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam (17 Ogos).

“Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” jelas Aliff kepada Harian Metro.

Sebelum ini, usahawan itu dijumpai dalam satu sidang media bagi memberi penjelasan berhubung isu muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang di sebuah restoran, semalam (18 Ogos).

Maklum diri masih waras dan tiada masalah mental seperti yang didakwa

Jelasnya, dia berasa amat sedih apabila ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya gila dan perlu mendapatkan rawatan bagi kesihatan mental.

Menurutnya, dirinya tidak mempunyai sebarang masalah mental serta masih waras.

Sifatkan rakyat negara ini mungkin akan menghargai bakatnya bila sudah tiada lagi

“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?

“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehinggga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya.

Difahamkan Aliff juga mengeluarkan belanja sebanyak RM70,000 untuk menghasilkan lagu terbaharunya ini bersama dengan pasangan duetnya Baby Shima.

Baca berita berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.