fbpx
Now Reading
“Harap Lagu Ini Cipta Rekod” – Melly Goeslaw Puji ‘Jika’ Versi Arab Nuha & Naufal [MV]

“Harap Lagu Ini Cipta Rekod” – Melly Goeslaw Puji ‘Jika’ Versi Arab Nuha & Naufal [MV]

Semakan kami mendapati ‘Jika’ versi Arab nyanyian Nuha dan Naufal itu bukan sahaja mendapat pujian peminat tempatan malah turut menerima reaksi positif dari peminat muzik di Indonesia sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin semakin hari semakin mendapat tampil di kalangan peminat muzik tempatan.

Selepas mencipta fenomena menerusi lagu Casablanca, pasangan duet itu kini kembali dengan lagu Jika, ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw yang diberi nafas baharu.

Yang menariknya tidak sampai 5 hari dilancarkan di YouTube, single tersebut yang menggabungkan seni kata Arab dan Melayu sudah pun mendapat hampir 500,000 tontonan.

Bukan itu sahaja, ia turut mendapat pujian Melly yang dilihat gembira dengan suntikan elemen Arab di dalam lagu itu.

Melly teruja dengan suntikan elemen dan seni kata Arab

Dia yang tampil menerusi satu perkongsian di Instagram meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan di atas usaha Nuha dan Naufal.

“Terima kasih kerana menyampaikan lagu saya yang digubah dengan baik.

“Masya-Allah, walaupun sudah 23 tahun usia lagu Jika, ia sudah diberikan nafas baharu oleh penyanyi Malaysia Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

“Indah sekali. Terima kasih buat semua peminat dan pengkarya di Malaysia yang mengagumi lagu-laguku. Ini membuatkanku tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kelak, Insya-Allah,” tulisnya.

Harap dapat cipta rekod dalam sejarah industri muzik

Melly dalam masa sama turut berharap agar lagu tersebut dapat mencipta rekod dalam sejarah industri muzik Malaysia.

“Saya berharap versi “Jika” anda akan mencipta rekod dalam sejarah industri muzik.”

Dapat pujian peminat muzik di Malaysia dan Indonesia

Semakan kami di ruangan komen mendapati Jika versi Arab nyanyian Nuha dan Naufal itu bukan sahaja mendapat pujian peminat di Malaysia malah turut menerima reaksi positif dari peminat di Indonesia sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.