fbpx
Now Reading
‘Block’ Nombor Puteri Sarah Kerana Tidak Mahu Bergaduh, Kata Syamsul Yusof [Video]
Syamsul Yusof beritahu sebab block puteri sarah

‘Block’ Nombor Puteri Sarah Kerana Tidak Mahu Bergaduh, Kata Syamsul Yusof [Video]

Syamsul Yusof mendakwa isterinya, Puteri Sarah sudah tiada rasa hormat terhadapnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pergolakan rumah tangga penerbit dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kini menjadi semakin hangat dan menarik perhatian orang ramai di media sosial terutamanya selepas dia mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada Jumaat(6 Januari) lepas.

Menerusi pengumuman yang dibuat di dalam Instagram itu Syamsul turut meminta agar isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana untuk kembali ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Puteri Sarah dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pula memaklumkan bahawa dia masih di ‘block’ (sekat) oleh suaminya dan masih gagal untuk berbincang.

Malah aktres itu turut meminta Syamsul agar melepaskannya kerana dia tidak mahu dimadukan dengan cara tidak mengikut syariat sebenar.

Baca artikel berkaitan: Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini [Video]

Syamsul tampil perjelas sebab ‘block’ Puteri Sarah

Susulan dari hantaran tersebut, Syamsul Yusof kemudian tampil dalam satu video di Instagram untuk menjelaskan punca dia menyekat Puteri Sarah kerana tidak mahu bergaduh.

Ujarnya, jika Puteri Sarah ingin berpisah dia meminta agar perkara itu dibincangkan di rumah.

“Kita berbincang di rumah dari hati ke hati tak perlu melibatkan orang lain. Bila awak kata saya block awak, awak cakap tentang itu tetapi selama ini kita berkomunikasi melalui ibu awak, ibu saya, orang gaji.

“Awak nak kan orang gaji, saya berikan dua orang gaji,” jelas pengarah itu.

Katanya selain ibu dan orang gaji dia juga berkomunikasi melalui keluarga lain seperti adik-beradik.

Anggap ujian Allah SWT, Syamsul maklum tak suka bergaduh

Jelas pengarah itu, dia menganggap apa yang berlaku ini adalah ujian dari Allah SWT.

“Saya beritahu pada anda kenapa saya block isteri saya, kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Saya benci bergaduh. Jadi macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak (Puteri Sarah). Awak sentiasa memaki hamun saya maksudnya awak dah tak ada hormat.

“Saya dah tidak ada ruang untuk berbicara apabila WhatsApp atau tiba-tiba awak WhatsApp saya maki hamun, saya rasa ini memudaratkan jadi saya block.

“Ya kerana itu, kerana saya tidak mahu hubungan kita semakin teruk, keruh dan mudarat lah jadi betul saya block. tetapi bukan saya tidak menghiraukan awak, perbelanjaan awak segala-galanya saya telah berikan,” katanya.

Sentiasa berikan segala-galanya buat isteri dan anak

Menurutnya, dia mencari rezeki buat isteri dan anak-anaknya dan memaklumkan mereka selama ini berkomunikasi seperti yang dimaklumkan iaitu melalui keluarga dan orang gaji.

“Kerana itu video sebelum ini saya ajak berbincang. Cukup- cukuplah. Jangan kongsikan aib rumahtangga. Jangan (ikutkan saya pun boleh cerita pasal awak juga).

“Tapi saya tak mahu sebab tu selama ni saya telan. Alhamdulillah takpa orang cakap apa, orang tak tahu hal sebenar. It’s okay sabar- sabar.

“Tetapi dah semakin teruk sebab itulah saya perlu berdiri di sini untuk beritahu sedikit, itu yang anda tidak tahu. Itu punca kenapa saya block, bukan saya sekat lepas tu buang keluarga saya. Tidak,” ucap Syamsul Yusof.

Akui diri tidak sempurna dan cuba untuk perbaiki

Katanya lagi, dia tidak sempurna dan mempunyai dosa dan cuba untuk memperbaiki masalah tersebut tetapi ia tidak akan selesai jika drama ini masih berterusan.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik dan kepada yang faham syukur alhamdulillah.

Di akhir video Syamsul turut menyatakan dia tidak mahu orang ramai untuk mengatakan perkara yang buruk terhadap kedua isterinya.

“Kalau nak kutuk, nak hina. Kutuk saya sebab saya yang buat keputusan ni dengan berkhawin ikut hukum. Kutuklah saya hina lah saya, saya terima yang penting saya tahu alhamdulillah.

“Ibu bapa saya pun tolong, ada yang kata tak elok pasal mak saya ke ayah saya ke. Jangan, please. Kutuk saya, saya bertanggungjawab terhadap semua perkara ini dan saya ada anak-anak yang saya sangat sayang.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.