“Dah Biasa Independent” – Intan Najuwa Akui Kadang-Kadang Terlupa Tanya Suami [Video]
Setelah seminggu memegang status sebagai isteri orang, Intan Najuwa mengakui perkahwinan memberikan perubahan besar dalam kehidupannya terutama dalam membuat keputusan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pelakon Intan Najuwa telah selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan Datuk Ahmad Asraf Azman jam 6.45 petang pada18 Ogos yang lalu.
Pasangan pengantin itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadut yang berwakilkan wali bapa kandung Intan, Abdul Wahid.
Ketika majlis tersebut, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran sebanyak RM222,000 yang merupakan simbolik kepada tempoh dua tahun perkenalan.
Dah Biasa Berdikari, Akui Kadang-Kadang Terlupa Tanya Suami
Setelah seminggu memegang status sebagai isteri orang, Intan Najuwa mengakui perkahwinan memberikan perubahan besar dalam kehidupannya terutama dalam membuat keputusan.
“Sebelum ini, saya sudah terbiasa ‘independent’ dan buat keputusan sendiri. Semua benda akan ikut cara saya.
“Sekarang, status saya adalah seorang isteri dan perlu tone down. Perubahan itu sangat ketara dalam hidup,” katanya.
Malah, kerana telah terbiasa berdikari dan sering membuat keputusan sendiri ketika zaman bujang, dia mengakui masih terlupa untuk bertanyakan pendapat suami.
“Macam sebelum ini mak saya ada tanya sesuatu untuk minta pendapat tetapi saya terlupa sudah ada suami. Itulah perubahannya.
“Jadi, semua perkara perlu tanya dan berbalik kepada suami sekarang ini. Sudah tidak boleh buat keputusan sendiri,” ujarnya.
Janggal Dengan Panggilan Datin, Anggap Gelaran Tidak Beri Keistimewaan
Mengulas lanjut mengenai status Datin yang diperolehi olehnya, menurut pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mengakui janggal dengan panggilan tersebut.
Baginya, dia tetap Intan Najuwa yang dulu dan menganggap gelaran itu tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya.
“Jujurnya saya rasa agak canggung bila orang panggil saya Datin. Saya masih Intan yang biasa seperti sebelum ini.
“Saya rasa kekalkan sahaja panggilan Intan, tak perlu panggil Datin sebab bagi gelaran itu tidak membawa apa-apa kelebihan.
“Kawan-kawan pun saya marah bila mereka panggil saya Datin,” kata Intan lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Hati Jangan Busuk Sangat” – Intan Najuwa Tempelak Netizen Pertikai Penampilan nya Di Tanah Suci
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Menangis & Rasa Sebak Macamni ” – Intan Najuwa Sayu Tinggalkan Madinah