fbpx

Tersalah Umum Juara Bintang Kecil 2023, Bos RTM Tampil Jelaskan Punca Masalah Teknikal

Menerusi video tersebut, Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan lampu spotlight itu sepatutnya terarah kepada juara iaitu Kiki namun ia menghala kepada Farha iaitu pemengang tempat kedua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (3 September) berakhir sudah pertandingan nyanyian Bintang Kecil 2023.

Program kemuncak terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu turut menampilkan sebanyak lapan finalis yang berentap di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Walau bagaimanapun, acara berprestij itu terganggu sewaktu pengumuman juara sehingga rata-rata penonton menyalahkan pengacara yang dikatakan tersilap mengumumkan nama pemenang.

Namun, pengacara terlibat iaitu Azam Pitt dan Sweet Qismina secara berseloroh mengatakan perkara itu adalah satu gimik ketika acara terbabit berlangsung.

Suhaimi Sulaiman tampil jelaskan punca sebenar

Ekoran itu, Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah tampil menerusi media sosialnya menjelaskan punca sebenar masalah itu berlaku.

Ujarnya, lampu spotlight sepatutnya terarah kepada peserta yang menang iaitu Fateeha Nasleen Suhailin atau lebih dikenali sebagai Kiki yang berasal dari Sabah.

Lampu terarah kepada pemenang kedua kerana lampu tersekat semasa pengumuman

Namun lampu berkenaan dihala kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang merupakan pemenang tempat kedua.

“Mesej ini pakcik (Suhaimi Sulaiman) tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam (3 September).

“Pakcik tahu perasaan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita adalah lampu akan menyala kepada peserta yang menang dan Kiki memenangi pertandingan semalam tetapi lampu tersebut menghala ke arah Farha. Abang Azam sebagai pengacara cuba untuk membetulkan keadaan.

“Tetapi agak terlambat juga kerana lampu itu terlampau lama menyala tidak dapat berjalan kerana telah tersekat di situ dan menyebabkan tekanan,” jelasnya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Mohon maaf kepada adik Kiki dan Farha atas masalah teknikal

Beliau kemudian memohon maaf bagi pihak RTM atas masalah teknikal yang berlaku. Namun akhirnya pertandingan itu dapat diselesaikan.

Suhaimi dalam masa sama turut menyatakan beliau mendoakan kejayaan buat kedua-dua pemenang itu selain turut menjemput mereka hadir ke pejabat jika mempunyai waktu terluang.

“Maafkan team Pakcik ya adik Kiki dan adik Farha,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melihat di ruangan komen ramai mengatakan mereka tetap terhibur dengan persembahan yang ditonjolkan oleh para peserta.

“Apa pun, pertandingan akhir Bintang Kecil semalam bertaraf antarabangsa…”

“Apa-apa pun kami terhibur dengan show”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.