fbpx
Now Reading
“Adele Tribute Hometown Glory” Oleh Natalie Black Bakal Gegarkan KL 18 & 19 Oktober Nanti!

“Adele Tribute Hometown Glory” Oleh Natalie Black Bakal Gegarkan KL 18 & 19 Oktober Nanti!

Tiket untuk konsert “Adele Tribute Hometown Glory” yang berlangsung di Kuala Lumpur akan dijual bermula daripada harga RM160 sehingga RM370.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal dari Britain, Natalie Black, bakal menghiasi pentas untuk sebuah persembahan memukau pada 18 dan 19 Oktober ini di Kuala Lumpur bersempena dengan “Adele Tribute Hometown Glory”.

Sebagai penerima beberapa anugerah kebangsaan termasuklah gelaran “Best Tribute Act to Adele” di National Tribute Music Awards, persembahan HOMETOWN GLORY oleh Natalie Black telahpun berjaya memikat penonton di seluruh dunia.

Perjalanan seni Natalie Black telah membawanya ke pentas di seluruh dunia iaitu dari Bahrain ke Netherlands, Latvia ke Greece, dan banyak lagi.

Tour teater berterusan di seluruh United Kingdom (UK) telah mengukuhkan reputasinya sebagai seorang yang luar biasa. Dan pada ketika ini, Natalie bersedia untuk mencipta nama di Malaysia dengan tiga persembahan yang memukau.


“Adele Tribute Hometown Glory” Di Menara Ken, TTDI

Bakal berlangsung di The Platform, KEN TTDI pada 18 & 19 Oktober 2023, persembahan ini akan membawa penonton ke dalam dunia Adele dengan menampilkan sejumlah hits yang menduduki carta dari album 19, 21, dan 25.

Bersedia untuk tersentuh dengan lagu-lagu klasik seperti ‘SkyFall,’ ‘Hello,’ ‘A Million Years Ago,’ ‘When We Were Young,’ ‘Rolling in The Deep,’ ‘Make You Feel My Love,’ dan ‘Someone Like You.’

Acara hebat ini menjadi kenyataan berkat sokongan dari para penaja kami. Kami sangat gembira mempunyai Malaysia Airlines sebagai penyokong (sponsor) yang akan membawa Natalie Black dan seluruh krew ke acara besar ini. Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Alliance Bank, The Eastin Hotel, Melbourne Capital Group, SIDS, Yamaha Music, dan The Malaysia British Society di atas sokongan yang sangat berharga ini.

Homme Productions.

Tiket konsert “Adele Tribute Hometown Glory” ini akan bermula daripada harga RM160 sehingga RM370.

Untuk korang yang ingin membeli tiket, boleh terus ke LINK INI.

  • Tarikh: 18 & 19 Oktober 2023.
  • Lokasi: The Platform Performing Arts Theatre, Platform KEN-TTDI, Taman Tun Dr Ismail.

Siapakah Natalie Black Ini?

Natalie Black adalah tribute terbaik (ultimate) kepada penyanyi terkenal Adele yang telah mencetuskan fenomena dalam industri dengan persembahan memukau yang dibawakannya ke seluruh dunia sejak tahun 2011.

Natalie turut muncul dalam filem popular tahun 2020 ‘Greed’ bersama Steve Coogan, pelbagai rancangan televisyen, dan tour luar negeri termasuk di Eropah dan Rusia.

Natalie bangga dengan standard tinggi yang diterapkannya dengan mencari ahli muzik terbaik dalam industri, pembuat kostum, dan susunan muzik untuk membantu menyampaikan persembahan berkualiti tinggi.

P.S: Kalau dengar suara Natalie Black ni sambil tutup mata, sumpah sama dengan Adele. Tak tipu. :O

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.