fbpx
Now Reading
Baru Saja Mendirikan Rumah Tangga, Pelakon Lelaki Didakwa Ada Kekasih Lain

Baru Saja Mendirikan Rumah Tangga, Pelakon Lelaki Didakwa Ada Kekasih Lain

Difahamkan pelakon lelaki itu sedang bercinta bersama seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang permotoran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelakon lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama seorang anak pelakon veteran didakwa mempunyai kekasih baharu.

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, aktor lelaki itu yang sebelum ini sudah bercerai dan kini bersama isteri baharu, dikatakan sedang menyulam cinta bersama seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.

Pelakon lelaki didakwa ada hubungan dengan ahli perniagaan

Ujarnya, kekasih baharu si pelakon mempunyai perniagaan dalam bidang permotoran serta dari keluarga yang berada.

“Pelakon lelaki itu rupa-rupanya ada kekasih baharu.

“Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu,” ujarnya.

Orang ramai turut beri hint kepada bekas isteri pelakon terbabit

Turut difahamkan, percintaan pelakon terbabit bersama wanita itu telah diketahui oleh pengguna media sosial. Malah ramai yang memberi hint kepada bekas isteri pelakon tersebut mengenai hubungan terbabit.

Dia juga sering dilihat memberikan tanda like pada posting yang dimuat naik oleh wanita terbabit.

Sementara itu, hubungan artis berkenaan bersama isterinya juga sering menjadi topik hangat susulan episod penceraian bersama isteri pertamanya.

Isteri pelakon sering dikecam dan jadi perhatian ramai

Isteri kepada selebriti itu juga sering menjadi perhatian dan mendapat kecaman kerana tindakan yang dilakukannya.

Walau bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan siapakah selebriti yang dimaksudkan secara terperinci.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.