fbpx
Now Reading
Fizi Ali Muat Naik Gambar, Kotakan Janji Bawa Anak Ke Water Park Selepas Bernikah

Fizi Ali Muat Naik Gambar, Kotakan Janji Bawa Anak Ke Water Park Selepas Bernikah

Sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri yang juga bekas isteri kepada Fizi menyatakan dia terkejut sebaik mengetahui bekas suaminya telah berkahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 23 Oktober lalu, penyampai radio HotFM iaitu Fizi Ali telah mengumumkan dia telah menamatkan zaman dudanya dan bernikah bersama wanita pilihan hatinya, Siti Zulaikha.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyampai radio berkenaan menerusi satu hantaran karosel di Instagram miliknya.

Menerusi karosel itu, Fizi turut memuat naik beberapa gambar memaparkan dia bersama Zulaikha dan keluarga.

Shakilla kurang senang lihat gambar mulut anak ditekup

Namun keadaan menjadi perbualan hangat apabila bekas isteri Fizi, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senangnya apabila terdapat salah satu dari gambar berkenaan menunjukkan mulut anak perempuan mereka, Ameena Sofia ditekup oleh anak tiri kepada penyampai radio berkenaan.

Menurut Shakilla, dia terkejut sebaik menerima perkhabaran mengenai perkahwinan bekas suaminya itu kerana Fizi sebelum itu memaklumkan kepadanya ingin membawa Ameena ke taman tema air dan bukan untuk menghadiri majlis pernikahannya.

Malah pelakon itu turut menanti penjelasan daripada Fizi berhubung gambar yang menunjukkan mulut anaknya ditekup, lapor Kosmo.

Fizi Ali muat naik gambar bersama anak-anak di water park

Terbaharu, Fizi dilihat memuat naik gambar dia bersama isteri dan juga anak-anak berada di taman tema air, SplashMania.

Muat naik penyampai radio berkenaan di Instagram sekaligus mengotakan janjinya untuk membawa Ameena ke taman tema air.

“Hari ni daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark.. dari pagi sampai ke malam jalan.

“Penat mereka bermain-main.. tidurlah sayang.. awak berdua tak salah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mohon maaf pada anak

Malah dia turut memohon maaf kepada dua anak perempuan itu jika terdapat kekurangan dari dirinya dan isteri.

Dalam satu lagi foto dikongsikan turut menunjukkan Ameena sedang tidur sambil memegang tangan kakak tirinya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.