fbpx
Tunku Idris

Tunku Idris Terkejut Dobi ‘Islam Sahaja’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim bertitah baginda terkejut dengan kewujudan dobi khas untuk orang Islam sahaja di Muar, Johor.

“Benarkah ini? Ini terlalu melampau.

“Saya terkejut,” tulis putera sultan Johor di Instagram petang ini.

Dobi Islam Saja
Screenshot Instagram Tunku Idris

Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan papan tanda tertera “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian”.

Pengendali dobi itu ketika ditemui sebuah akhbar Cina enggan menyatakan sebab syarat itu dikenakan, dan hanya berkata melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut sendiri bagaimanapun melihat perkara itu tiada masalah kerana bagi menjamin pakaian yang dicuci bersih daripada najis berat.

Sumber Malaysiakini

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.