Now Reading
Perkahwinan Ziana Zain Berakhir Selepas 20 Tahun

Perkahwinan Ziana Zain Berakhir Selepas 20 Tahun

Perkahwinan yang dibina penyanyi Ziana Zain bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri hanya bertahan selama 20 tahun apabila mereka telah disahkan bercerai talak satu, petang Khamis ini.

Armin, 53, melafazkan cerai terhadap Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, pada pukul 2.45 petang di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar, Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ziana Zain dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.