fbpx
Now Reading
Covid-19 : Hanya 1 Wakil Keluarga Boleh Keluar Rumah, Tidak Isytihar Status Kontak Rapat Boleh Kena Tindakan

Covid-19 : Hanya 1 Wakil Keluarga Boleh Keluar Rumah, Tidak Isytihar Status Kontak Rapat Boleh Kena Tindakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan merangkap yang Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan hanya seorang wakil dari setiap keluarga sahaja dibenarkan keluar

Menurut beliau, mereka yang terpaksa keluar rumah lebih dari sorang sekiranya mempunyai urusan penting perlu memberi penjelasan kepada pihak polis dan polis akan menggunakan budi bicara untuk memberi kebenaran.

“Dari segi dasar, semua pihak perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan dan keluar hanya bila perlu.

“Sekiranya terpaksa keluar, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengikut penjarakan sosial (social distancing),” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain dari itu beliau turut mengumumkan orang ramai yang sengaja tidak mengisytiharkan diri sebagai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 sewaktu membuat saringan di klinik dan hospital kerajaan atau swasta, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan perkara itu kepada petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat supaya frontliner tidak terdedah dengan jangkitan virus berkenaan.

“Pastikan anda isytiharkan sekiranya ada kontak rapat dengan orang yang positif (COVID-19) supaya ‘frontliners’ (petugas barisan hadapan) tidak terdedah dengan jangkitan.

“Polis boleh tangkap mereka yang gagal untuk mengisytiharkan tentang perkara itu dan boleh dikenakan tindakan denda dan sebagainya,” kata beliau yang juga Menteri Kerja Raya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.Lagi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.