fbpx
Now Reading
PKPB / PKP 5 : Tiada Larangan Had Masa Keluar Lepas 10 Malam

PKPB / PKP 5 : Tiada Larangan Had Masa Keluar Lepas 10 Malam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam dan larangan pergerakan rentas daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) atau PKP Fasa 5

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Kota Darul Ehsan, Federal Highway Foto : WikiMedia

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita perkara itu selepas PKPB / PKP 5 mula berkuat kuasa semalam.

Dalam pada itu, larangan rentas negeri masih terpakai kepada orang ramai namun pergerakan boleh di buat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan membuat permohonan kepada pihak berkuasa.

Namun perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam masih diteliti oleh polis

“Polis sedang buat kajian, misalnya berkenaan berapa jumlah (bas) yang diperlukan.

“Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi),” katanya kepada pemberita

Foto : The Straits

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.