fbpx
Now Reading
Padah Langgar Arus Hingga Sebabkan Kematian, Model Dihukum Penjara 5 Tahun dan Denda RM18,000

Padah Langgar Arus Hingga Sebabkan Kematian, Model Dihukum Penjara 5 Tahun dan Denda RM18,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat kejadian tiga tahun lalu di mana seorang wanita yang memandu sebuah Proton Gen2 melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth berdekatan Permatang Pauh sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik Mohamad Fandi Rosli, 26.

Terbaru selepas tiga tahun, wanita tersebut Ng Pei Ven, 22 seorang model sambilan dihukum penjara lima tahun dan didenda sebanyak RM18,000 selepas didapati bersalah di atas kesalahan tersebut oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi ini.

Pei Ven dilihat menangis sambil memandang ibunya sewaktu Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Majistret turut memutuskan untuk membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh.

Ng Pei Ven yang juga pemegang kad OKU didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala peguam Lim Boon Beng mewakili tertuduh.

Peguam belanya bagaimapaun meminta penangguhan pelaksanaan hukuman untuk tertuduh bagi membuat rayuan.

Terduduh sewaktu direman selepas kejadian tersebut Foto : Hmetro

Mahkamah kemudiannya bersetuju namun tertuduh telah diminta membayar ikat jamin sebanyak RM5,000.

Kemalangan tersebut yang berlaku pada jam 7.50, pada 14 Mac 2017 itu di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli yang memandu Perodua Kelisa tersepit dan maut di tempat kejadin

Mangsa sewaktu kejadian baru tamat bekerja dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.